Sunday, October 4, 2015

How We Met


Assalamualaikum


I wonder nak cerita ke tidak kisah ni sebab maybe tak ada siapa pun yg interested cause tak ada la menarik mana pun..tapi as a kenangan je la kot. Maybe someday aku boleh tunjuk kat anak-anak aku. Cewahhhhhh!!! berangan! 

Mohd Khairulizwan bin Che Hassin. 



Lelaki yang mulanya aku tak kenal jadi kenal and terlebih kenal. Aku panggil dia Wan. Kami berdua kenal masa aku semester akhir dekat Politeknik Pahang. Tapi still tak berapa nak kenal sangat sebab it just a day hye hye and bye bye. Tak ada niat nak berkenalan pun cuma suka kacau-kacau orang yang agak pemalu masa tu. Aku banyak tumpukan perhatian dekat Abah dari hal-hal yang lain. Lepas seminggu Abah pergi aku pun balik semula ke Pahang sebab dua minggu jugak aku kat Tg. Malim. Lama jugak aku nak back to normal bila Abah pergi tapi tetap jugak kuatkan semangat sebab tak lama lagi aku nak final semester. Memang cukup-cukup terasa sebab tak sangka itu hari teakhir aku dengan dia. Elak aku kena repeat semester je masa tu tapi alhamdulillah, banyak assignment aku kawan aku yang tolong. Bila dah okay semula..tiba-tiba orang yang sama mesej aku balik semula. Tapi kali ni aku layankan je walaupun aku tak kenal langsung. Lebih pada buang masa namanya and hilangkan bosan. Lama-lama kami jadi kawan secara mesej. Yang paling best aku langsung tak tahu rupa dia sepanjang kami berkawan.

Tapi time tu tengah belajar, kepala pulak teringat Mak pesan "jangan menggatal masa belajar". 
Dalam diam kita dua berkawan then kita break-up masa masing-masing dapat sambung belajar kat tempat yg lain. Aku di Port Dickson, Wan dekat Kota Bharu. Setahun jugak kita dua diam diri tak ambik tahu antara satu sama lain..otherwise masa tu aku pulak berkawan dengan orang lain but still aku 'friends' dengan Wan dalam Facebook je. Just ada dalam friend list sahaja.

Hujung semester aku dekat poli PD, kita dua contact semula..kebetulan masa tu Wan nak cari kerja and aku pulak ada dapat email dari salah seorang classmate aku pasal kerja kosong. Masa tu aku share terus tawaran tu dengan Wan. Kami kawan macam biasa..sesekali contact untuk hal-hal yang penting je. Bila aku habis belajar then tak lama lepas aku konvo aku broke-up dengan ex aku dulu and entah kenapa entah aku boleh cerita dengan dia. Masa tu tak ada niat langsung pun nak buat dia as toy boy aku. Mula-mula takut jugak dia salah faham tapi aku direct je cakap dengan dia yang aku kawan dengan dia sebab aku selesa kawan dengan dia macam aku kawan dengan orang lain. Tapi mula-mula terasa hati jugak sebab dia ada jugak bertanya kenapa aku datang balik dekat dia..nak kawan dengan dia. Maybe masa tu dia ingat aku nak mengorat dia balik kot..yelahh dah patah hati sekali takkan nak patah buat kali kedua kan?? Kebetulan pulak masa kawan dengan dia boleh kata hari-hari ada je balas-balas mesej dengan dia. Aku bagitahu Wan yang aku cuma kawan dengan dia sebab dia..tak ada niat lain..so masa tu jugak aku kata kat dia yang aku tak nak dia salah sangka niat aku tu, then aku decided nak stop mesej or contact dengan dia. Bila kata macam tu dia pun okay..so iols pun okay lah. Tak contact langsung.

Kononnnnn.....

Lepas 3 hari..no sms, no calls dari dia tiba ada satu malam tu dia mesej aku tapi aku tak balas pun sebab masa tu aku kat Shah Alam. Tengah seronok lepak-lepak dengan sepupu aku masa tu..nak pulak baru habis belajar memang syok la berjimba. Masa tu aku memang dah tak peduli dah dia nak contact ke tidak. Sekali ada satu lewat malam tu dia mesej and terus terang dia cakap yang dia still sayang kat aku. Masa tu jugak kami dua terus terang sama-sama then go with the flow. Kita dua decide berkawan balik tapi macam biasa-biasa je. Bila dah berbulan kita dua kawan dia decided nak datang jumpa buat kali pertama la lepas lama kita dua tak jumpa kan then bila dia bagitahu nak hantar tanda kita dua jadi lagi serius sampai sekarang.

The guy known as the one who is so annoying to me,  who doesn't take no for an answer, who doesn't know when to stop is now my future husband...insyaAllah. Crazy how it works..kerja Allah. Semua concludes to hati ni milik Allah. Now that guy who is annoying yang I rindu when he's working siang malam tak cuti-cuti. hihii. Allah yang boleh tukar how we feel but of course for now..everything has it's limits to how we feel for things. Yes jodoh memang Allah yang tentukan. Tak sangka 1st love aku jadi yg terakhir jugak.

Doakan untuk kehidupan kami berdua kekal hingga ke akhirat, insyaallah. doakan kehidupan lepas kahwin nanti biar semua berjalan lancar and dipermudahkan Allah. Insyaallah.


Thanks for reading.