Friday, January 8, 2016

Atuk.


Assalamualaikum



19 November 2015 tarikh yang takkan aku lupa. Atok pergi tinggalkan kami buat selamanya di dunia, giliran Atok pulak berpindah ke "rumah abadi" yang hakiki. Tuan Haji Idris bin Andu, antara orang yang paling aku sayang. Atok bukan sesiapa..bukan dari yg ternama, bukan orang glamor, bukan orang kaya, bukan orang hina. Dia cuma Atok kami yg cukup buat kami bangga dengan perwatakannya, sayang akan dia, rindu dgn rajinnya, kasih dengan budinya. Atok yang aku kenal cuma berasal dari kampung yg dulunya pernah hidup di zaman komunis. Tahap kunonya dibawa sampai ke tua, pantang larang nasihatnya tak ubah orang dulu..tapi ada baik betul bila difikir kata-katanya. Hanya kami yang muda jer yg leka terlalu alpa.

Aku tak rapat dengan Atok tapi aku rasa aku cukup rapat dengan Atok. Aku tak selalu jenguk Atok, aku tak selalu teman Atok, aku tak rajin tolong Atok..tapi tak bermakna aku tak sayang Atok. Aku start rapat dengan Atok bila aku dah habis belajar dekat Pahang. Aku jadi berani nak dekat dgn Atok sebab masa tu mulanya aku cuma kesian dgn Atok. Ya..cuma lebih pada kesian sebenarnya.

Mak aku tegur aku kenapa aku kurang nak layan Opah bila Opah sakit?..sebab aku rasa perhatian and kesian aku bukan untuk Opah sebab bila Opah sakit..of course berpusu-pusu anak cucu Opah nak layan and tengok Opah tapi Atok cuma duduk diam ditepi. Banyak kali aku perhati. Bukannya tak ada yang prihatin, tapi aku lagi kesian dengan Atok berbanding Opah. Bukan nak membezakan tapi aku lagi kesian dengan Atok, sampai satu hari Mak cerita yang Atok mengadu dekat dia yang tak ada siapa pun hirau dia bila Opah sakit. Hati tua dia merajuk rupanya. Start situ aku rapat dengan Atuk. 

Lama-lama aku serasi dengan Atok, even kadang cara Atok tak kena gaya tapi aku layankan jer. Atuk pergi dalam keadaan aku tak bersedia..tak sangka langsung dgn kepergian dia menghadap yang SATU. Aku tak banyak kenangan dengan Atuk, tapi aku akan ingat apa yang pernah dia pesan kat aku sebelum aku kahwin. Aku tak rajin jenguk dia, tak pernah semalam pun aku jaga dia, aku bukan kesayangan dia tapi aku sayang dia sebab diri dia. Dia tak pernah tunjuk sikap hipokrit dia. Kalau dia marah, tak suka, benci, dia tunjuk...sama jugak bila aku tengok bila dia suka, gembira. Nampak dari perilaku dia. 

Alhamdulillah, Atuk tahu jugak aku kahwin walaupun sebenarnya Atuk tak datang pun masa aku nikah and majlis resepsi aku. Aku ralat bila masa majlis akad nikah Atuk tak datang turut sama, tapi kesihatan dia lagi penting banding dengan hari nikah aku. Aku nak dia tengok sendiri dengan mata dia, dengar dengan telinga dia, rasa gembira dengan hati dia bila saat aku jadi isteri orang. Dulu aku impi nak ada Opah and Atuk tengok aku masa akad nikah. Even Opah dah pergi aku harap Atuk jadi pengganti tapi tetap jugak bukan rezeki aku nak ada diorang turut sama rai hari besar aku. 

Ralat...

Ralat tu aku gantikan dengan pergi jumpa Atuk kat rumah bertemankan suami. Berdua. Aku nak Atuk tengok aku pakai baju pengantin, aku nak Atuk tengok suami aku sama sedondon dengan aku, aku nak Atuk tahu aku dah selamat jadi isteri orang. Masuk jer bilik Atuk, luruh jantung bila aku tengok dia baring terlantar sorang. Kurus. Dia tak tidur tapi lebih pada termenung menghadap ke luar tingkap. Aku beri salam, aku senyum dekat dia. Cuba tak nak menangis tapi bila aku salam dengan dia, hati aku jadi ketat, mata jadi kabur tertutup dek airmata yang bertakung. Atuk sambut tangan aku. Kami dua diam menangis. Sebak. Aku rindu dia, aku rindu Opah sama. 

Aku cuba kalih perasaan sedih tu.
"Cantik tak Tuk?"..tanya aku, tangan dia aku genggam tak lepas. 
"Cantikk...dah macam opera...tapi cantik la.."..dia jawab sebak. Aku dengar pun jadi sebak. 

Aku bagi peluang dekat suami berbual dengan Atuk. Entah tiba-tiba Atuk pegang tangan aku..dia pandang luar, aku tengok dia tahan tak nak menangis. Dengar dengan tidak, dia cakap
"Nasib awak la...awak nikah Opah tak ada, aku sakit. Kesian awak.." 

Sumpah!!! Masa tu aku tengok Atuk menangis meraup muka. Aku cuma boleh diam. Lama. Tak boleh nak berlama..aku minta izin dekat Atuk nak balik dulu. Aku pun taknak kacau Atuk nak rehat sebab dia kata dia pun nak tidur. Seingat aku itu la kali terakhir aku berbual panjang dengan dia..sebelum dia bertambah sakit. 

Atuk pergi bila aku dalam keadaan tak sedia, dengan Mak masuk hospital, dengan keadaan kelam kabut antara kami adik beradik, ada pulak salah faham antara keluarga kami, dengan Mak yg rindu kan Atuk, Atuk rindu Mak...tapi bila dia pergi, aku cuma boleh kata aku lega. Bukan suka, tapi aku kesian tengok dia tahan sakit yang dia sendiri tak tahan nak tanggung. Aku tak pernah tengok dia sakit tapi bila dia sakit aku kesian. Memang tak pernah semalam pun aku jaga Atuk bila dia sakit, bukan rezeki aku nak tunggu dia. Tak pernah ada kesempatan langsung. 

Aku tahu Allah sayang arwah Opah sebab tu dia jemput Opah dulu. Allah pun sayang Atuk sebab tu dia tak bagi Atuk rasa terseksa lama dengan rasa sakit yang dia pinjamkan. Allah tahu Atuk rindu Opah, sebab tu Allah jemput Atuk menghadap DIA. Semoga Atuk tenang disana, semoga Atuk sentiasa dalam pelukan rahmat Tuhan yang SATU InsyaAllah. Semoga dipermudahkan 'urusan' Atuk di alam yang hakiki...dan aku sentiasa doakan Allah temukan Atuk dengan Opah di Jannah. Amin. 


Sekian. Thanks for reading. 


Thursday, January 7, 2016

2016



Wahh indah hidup bila dah kahwin ni kan...seakan blog terus dilupakan. Bukak blog terus berpinar mata aku baca update dari blogger lain. Best jer. Yang best diorangnya life sentiasa update lak tu. Nak pulak kita dah masuk 2016 kan? Memang banyak la update pasal tahun baru, azam baru, semua la nak baru. 

               

Hmm..still tak terlambat kan kalau nak cakap Selamat Tahun Baru. Makin bertambah tahun makin bertambah jugak la umur aku nanti. Aishhh...hakak dah tuhee hupeeerrnya. Tahun baru ni...still terlalu awal nak janji apa-2. Cuma harap dan sentiasa doakan panjang umur aku, suami, keluarga and semua. Dimurahkan rezeki melimpah ruah..tak kira dalam bentuk apa pun, samada duit, kesihatan, makan, zahir dan batin. Doakan jugak supaya Allah panjangkan umur dan jodoh aku dan suami, sentiasa diberi peluang and sentiasa sabar dalam alam rumahtangga yang masih baru. Semoga kami berdua punya peluang rasa akan kehadiran 'keluarga' utk masa yg akan datang. Aku panjatkan jugak doa pada yang Esa supaya panjangkan jodoh keluarga kami semua. 

Itu permulaan awal untuk tahun 2016 ni. Selebihnya...go with the flow. Aku harap tahun lepas jadi pengajaran, amaran and ujian untuk aku dan keluarga. Apa yang baik aku simpan jadi kenangan. Apa yang tidak aku andaikan ia satu musibah yang punya hikmah. 

            

Tahun lepas... 2015, tahun yang banyak sekali dugaan, banyak sekali kenangan yang ada. Tahun lepas jugak tahun yang banyak sekali ajar aku jadi seorang penyabar. Apa-apa semua aku kena sabar. Semua yang jadi dalam tahun yang sama memang tak dapat nak lupa langsung. Semua berkaitan dengan orang yang aku sayang. 

Yes! Awal tahun, bulan Mac Opah pergi tinggalkan kami semua..anak cucu cicit. Aku pernah update cerita Opah dalam blog ni..and tak sangka sebab entry tu aku dapat banyak email dari orang yang aku tak kenal pun tapi dari group blogger sebenarnya. Semua simpati and ada yang menangis sebab ceritu tu. Family aku pun ada yang baca jugak. Lepas 3 ke 4 bulan kalau tak silap aku, sepupu aku Liyana pulak ditanda orang. Hari merisik dia. Sayang sebab Opah tak ada. Kalau ada Opah mesti lagi best. 

Lepas tu aku dah mula sibuk dengan persiapan hari kahwin aku pulak. Semua persiapan aku, Mak and adik beradik aku jer yang buat. Aku terpaksa buat awal..semua barang, semua kelengkapan hantaran, semua tempahan kami buat awal-awal. Apa-apa yang berkaitan dengan kenduri kami adik beradik sentiasa bincang and cerita. Selebihnya rancang lain tapi jadinya lain. 

Dalam aku sibuk nak kahwin, Atuk pulak tak sihat. Sikit-sikit kami nampak Atuk makin uzur. And hajat aku nak ada Atuk turut sama jadi pengganti Opah tak kesampaian sebab Atuk tak datang langsung. And ramai sebenarnya ahli keluarga aku yang tak dapat datang masa akad nikah. Boleh kira dengan jari. Banyak yang aku nak semuanya tak kesampaian, bukan rezeki aku sebenarnya. Arwah Abah, arwah Opah, arwah Aki tak ada sama sama rai hari nikah aku, dengan pakcik aku masuk wad sebab denggi, Atuk aku sakit, sepupu yang lain tengah sibuk belajar..nak exam. It's okay! Tak ada rezeki. Tapi still ada yang datang sebagai wakil. Alhamdulillah. 

Majlis sanding pulak dibuat esoknya, disebabkan aku yang jadi pengantin so aku tak dapat tolong sama buat kerja kerja masa hari besar. Iols kena marah uols...suruh duduk diam dalam bilik jer. Alhamdulillah, even mula aku rasa macam kelam kabut..tapi alhamdulillah semua baik baik jer. Tapi dekat mata orang kita tak tahu. Aku and family cuma dapat sediakan mana yang termampu. And masa kenduri aku jugak, kami sekeluarga dapat jumpa saudara yang berpuluh-puluh tahun tak jumpa. Aku sEndiri pun tak kenal. Tapi bila kenduri kahwin, semua ada peluang nak berjumpa. 
Selesai kisah aku kahwin. 

Sebulan lepas aku kahwin, aku dah start duduk dengan suami dekat bandar JB. And  tak sampai pun berapa minggu lagi sekali Allah uji aku dengan berita Mak masuk hospital sebab darah tinggi yang melampau. Keadaan jadi kelam kabut bila kami adik beradik tak tahu nak buat apa dengan keadaan Mak yang tak stabil lagi. Sampaikan sepupu-sepupu aku ada selisih faham dengan kami adik beradik. Rupanya bukan senang nak puaskan hati orang, dengan kita menghadap musibah, dengan tak tahu apa keputusan dari pihak pakar, dengan masing-2 dah panik..kami jadi lupa orang sekeliling sebab fokus kami hanya untuk Mak. Kami cuba buat yang sehabis baik cuma masa tu aku lebih pada fikirkan Mak. Aku tak fikir langsung apa yang orang lain nak kata sebab aku tak rasa diorang boleh faham apa yang aku rasa. Alhamdulillah...bila selisih faham tu selesai. Harap tak ada kemalangan jiwa disitu. Hihihih. 

Tak habis kat situ Tuhan uji kami lagi sekali dengan Mak yang still lagi lemah sangat-sangat. Aku dapat mesej dari whatsapp group keluarga kami yang kata Atuk dah pergi.

Blur.
Bisu.
Sedih.
Marah.
Risau.
Sebak.
Semua tu jadi satu. 

Aku tak tahu nak bagitahu dengan Mak macam mana, tapi paling aku perasan aku langsung tak menangis depan Mak. Aku langsung tak tunjuk muka cuak or apapun. Perlahan-lahan aku settlekan hal kebenaran keluar wad untuk Mak. Bila dah sampai masa aku bagitahu Mak. Sedih sebab aku tahu Mak rindu dekat Atuk, Mak selalu risaukan Atuk...tapi bila aku bagitahu dia..aku rasa kagum sebab Mak boleh terima. Dia tetap meraung, menangis, dia sedih tapi dia terima..dia redha. Sebab dia tahu yang Atuk sakit dah lama. 

Arwah Atuk pergi dalam keadaan kami semua tak sedia..tapi kami tahu Allah lagi sayangkan arwah. Alhamdulillah kami dapat balik jumpa arwah. Alhamdulillah even masa tu Mak langsung tak boleh gerak tapi bila saat akhir arwah nak dikafankan sepenuhnya, Mak antara orang yang dapat peluang cium arwah. mak boleh duduk dekat lantai, melutut, cium dahi arwah buat kali terakhir. Mak boleh bergerak banyak, Mak langsung tak menangis, Mak langsung tak muntah. Arwah pergi selang 8 bulan dari arwah Opah. 

Hm....

Tahun lepas memang banyak ajar aku jadi 'orang' bukan 'orang-orang'. Dugaan, musibah semua datang bukan serentak tapi apa yang datang bukan yang calang. 


So...thanks for reading. Maybe entry ni banyak merapu.