Tuesday, October 24, 2017

Of being pregnant AGAIN


Assalamualaikum.. Hai !

Since life aku dengan Wan sekarang bertambah sibuk dgn si dey-mok Khadija yang semakin aktif so kurang lah aktiviti aku nak update kisah apa-apa dekat blog sekarang. Semua rutin bersenang lenang tu bertukar bila dah ada anak. Long time no see meh..Hihi. 


Dah ada anak ni life automatically berubah sbb tanggungjawab lagi besar. Even anak baru sorang je tapi dia punya messy tu macam anak dah ada 5. Haha! Ada je yg tanya bila nak tambah lagi sorang...and ada jugak yg wish cepat-cepat tambah anak masa birthday aku haritu ( btw thank you semua yg wish and the dua's..appreciated ). Seriously as a mother..tipu la kalau aku kata aku taknak anak ramai sbb aku dah biasa dgn suasana yg ramai and "huru hara"..so impian nak pregnant and bagi Khadija adik ialah WAJIB ye. 

Tapi....

Tapi bila fikir balik...masa tak sesuai lagi. Khadija baru je masuk 1 tahun...aku rasa kesian dgn dia, since dia jenis budak manja and clingy, so having a baby is no-no to us, YET. Aku dgn Wan nak tunggu Khadija besar sikit baru la kitorang try the 2nd one pulak...haha!! So bila orang tanya bila nak tambah..kitorang rilex je sebab memang tengah planning.

Yes. Allah is the best planner. Kita hanya mampu merancang...tapi semua tu ketentuan Allah. Dia kurniakan rezeki dgn pelbagai cara and salah satunya ialah ANAK.

Period cycle aku memang tak menentu tapi every month tak pernah missed since dah kahwin and beranak. Just tarikh haid datang yg tak tetap mcm org lain. Kadang bulan ni awal bulan..bulan depannya hujung pulak..sometimes tengah bulan, tak tetap..so susah jugak nak agak bila period due tu.

Sebulan lepas aidilfitri...aku perasan yg period aku tak datang..pelik jugak tapi aku rilex je sbb maybe hormon tak betul sebab lepas raya haritu aku stressed out dgn Khadija yg tak sihat nak tumbuh gigi..then kematian ahli keluarga. Sepanjang bulan tu banyak ulang alik Tg. Malim to JB je so tak hirau pun kenapa period tak datang. Then masuk je bulan 8 lepas birthday baru perasan yg period tak datang lagi and aku kerap rasa sakit perut liked kembung.
Then satu pagi tu aku rasa tekak aku loya sangat tapi aku assumed yg aku rasa nak muntah sebab aku lapar. Angin! Perut pulak rasa sakit..badan jadi tak sedap, serba tak kena. Petang tu bila aku nak baring and try nak meniarap tetiba jadi ngilu macam time pregnant dulu. Gulp! Aku nak baring mengiring pun kena alas perut dgn bantal.

Kakak aku laju jer suruh aku buat upt bila aku bagitahu yg period aku dah 2 bulan tak datang. Nasib baik jugak aku memang ada simpan extra UPT dekat rumah. In-case la. Tak teragak dah..time tu jugak aku pergi "test".

Kemain kau...haha! tapi masa buat tu tak ada rasa apa apa and fikir apa apa pun. Buat upt pun macam suka suka je kononnya. 

Bila dah check, result dia : 


Unexpected. Line tu kemain terang benderang. Cepat je naik double-line. Terjerit aku dalam toilet..automatically menangis sampai Khadija terkebil kebil tengok Mama dia keluar toilet menjerit sambil menangis sambil pegang satu papan kecik putih.

I am positively pregnant! Like....SERIOUSLY?

That time kepala aku terus blank...tak tahu nak buat apa. Aku cuma ingat Wan..Mak aku and labour room. Hahah. At the same time bila Khadija datang dekat aku, aku rasa malu pulak dengan dia. Don't know why. Benda pertama yg aku buat of course la aku bagitahu Wan. Aku whatsapp gambar upt tu tapi respond dia memang unpredictable.

Wan boleh tanya aku "siapa punya tu?"....seriously rasa nk hantuk kepala ke dinding. Macam biasa respond Wan biasa je tak ada sebarang perasaan eksaited. Cis!. Tapi bukti dah ada depan mata okay!

And kitorang pun decided nak buat confirmation esoknya. Time tu baru 7 weeks pregnant, based on the last first day period.

****

Esok malamnya aku dengan Wan pergi buat confirm dengan doktor pulak. Aku buat check up dekat Klinik Dr Anis dekat Kempas. Masa tu nak confirm kan betul betul aku pregnant and selamat ke tak. Doktor suggest aku buat scan je..tak payah urine test sebab aku bagitahu yang aku dah check upt and result nya postive. Lepas je daftar terus nama aku kena panggil masuk bilik doktor, time tu tak ramai pun patient so dapat la jumpa doktor cepat.

As usual doktor scan pakai ultrasound biasa je or 2D. Masa ni terkejut gila sebab bila doktor scan je terus nampak dah.

"Okay puan..ini rahim...ini kantung baby...ini janin yer..."

Gulp!


Alhamdulillah...syukur..masa ni boleh rasa jantung aku degup laju..semacam je rasa. Tak boleh nak cakap. Kepala ingat Khadija je.

Masa ni baru sangat lagi...usia janin baru 6weeks ++ so nak dengar degup jantung pun tak boleh sebab borderline antara dengar dgn tidak. Doktor suggest datang lagi dalam dua tiga minggu..then boleh scan lagi sekali utk dengar jantung baby. Expected due date insyaallah bulan 4 tahun depan. I'm reaching 18 weeks now and about 22 weeks or less to go sampai la berjumpa dgn my second baby darling..InShaAllah. 

So...thats the story how I found out that I'm pregnant AGAIN...and still can't believe that I'm pregnant AGAIN..rezeki kan?.. Wish me luck for the 2nd one. Doakan semoga semua dipermudahkan, semoga mama tabah utk bulan bulan yg akan datang. Aamin. 

Sekian.