Tuesday, October 24, 2017

Of being pregnant AGAIN


Assalamualaikum.. Hai !

Since life aku dengan Wan sekarang bertambah sibuk dgn si dey-mok Khadija yang semakin aktif so kurang lah aktiviti aku nak update kisah apa-apa dekat blog sekarang. Semua rutin bersenang lenang tu bertukar bila dah ada anak. Long time no see meh..Hihi. 


Dah ada anak ni life automatically berubah sbb tanggungjawab lagi besar. Even anak baru sorang je tapi dia punya messy tu macam anak dah ada 5. Haha! Ada je yg tanya bila nak tambah lagi sorang...and ada jugak yg wish cepat-cepat tambah anak masa birthday aku haritu ( btw thank you semua yg wish and the dua's..appreciated ). Seriously as a mother..tipu la kalau aku kata aku taknak anak ramai sbb aku dah biasa dgn suasana yg ramai and "huru hara"..so impian nak pregnant and bagi Khadija adik ialah WAJIB ye. 

Tapi....

Tapi bila fikir balik...masa tak sesuai lagi. Khadija baru je masuk 1 tahun...aku rasa kesian dgn dia, since dia jenis budak manja and clingy, so having a baby is no-no to us, YET. Aku dgn Wan nak tunggu Khadija besar sikit baru la kitorang try the 2nd one pulak...haha!! So bila orang tanya bila nak tambah..kitorang rilex je sebab memang tengah planning.

Yes. Allah is the best planner. Kita hanya mampu merancang...tapi semua tu ketentuan Allah. Dia kurniakan rezeki dgn pelbagai cara and salah satunya ialah ANAK.

Period cycle aku memang tak menentu tapi every month tak pernah missed since dah kahwin and beranak. Just tarikh haid datang yg tak tetap mcm org lain. Kadang bulan ni awal bulan..bulan depannya hujung pulak..sometimes tengah bulan, tak tetap..so susah jugak nak agak bila period due tu.

Sebulan lepas aidilfitri...aku perasan yg period aku tak datang..pelik jugak tapi aku rilex je sbb maybe hormon tak betul sebab lepas raya haritu aku stressed out dgn Khadija yg tak sihat nak tumbuh gigi..then kematian ahli keluarga. Sepanjang bulan tu banyak ulang alik Tg. Malim to JB je so tak hirau pun kenapa period tak datang. Then masuk je bulan 8 lepas birthday baru perasan yg period tak datang lagi and aku kerap rasa sakit perut liked kembung.
Then satu pagi tu aku rasa tekak aku loya sangat tapi aku assumed yg aku rasa nak muntah sebab aku lapar. Angin! Perut pulak rasa sakit..badan jadi tak sedap, serba tak kena. Petang tu bila aku nak baring and try nak meniarap tetiba jadi ngilu macam time pregnant dulu. Gulp! Aku nak baring mengiring pun kena alas perut dgn bantal.

Kakak aku laju jer suruh aku buat upt bila aku bagitahu yg period aku dah 2 bulan tak datang. Nasib baik jugak aku memang ada simpan extra UPT dekat rumah. In-case la. Tak teragak dah..time tu jugak aku pergi "test".

Kemain kau...haha! tapi masa buat tu tak ada rasa apa apa and fikir apa apa pun. Buat upt pun macam suka suka je kononnya. 

Bila dah check, result dia : 


Unexpected. Line tu kemain terang benderang. Cepat je naik double-line. Terjerit aku dalam toilet..automatically menangis sampai Khadija terkebil kebil tengok Mama dia keluar toilet menjerit sambil menangis sambil pegang satu papan kecik putih.

I am positively pregnant! Like....SERIOUSLY?

That time kepala aku terus blank...tak tahu nak buat apa. Aku cuma ingat Wan..Mak aku and labour room. Hahah. At the same time bila Khadija datang dekat aku, aku rasa malu pulak dengan dia. Don't know why. Benda pertama yg aku buat of course la aku bagitahu Wan. Aku whatsapp gambar upt tu tapi respond dia memang unpredictable.

Wan boleh tanya aku "siapa punya tu?"....seriously rasa nk hantuk kepala ke dinding. Macam biasa respond Wan biasa je tak ada sebarang perasaan eksaited. Cis!. Tapi bukti dah ada depan mata okay!

And kitorang pun decided nak buat confirmation esoknya. Time tu baru 7 weeks pregnant, based on the last first day period.

****

Esok malamnya aku dengan Wan pergi buat confirm dengan doktor pulak. Aku buat check up dekat Klinik Dr Anis dekat Kempas. Masa tu nak confirm kan betul betul aku pregnant and selamat ke tak. Doktor suggest aku buat scan je..tak payah urine test sebab aku bagitahu yang aku dah check upt and result nya postive. Lepas je daftar terus nama aku kena panggil masuk bilik doktor, time tu tak ramai pun patient so dapat la jumpa doktor cepat.

As usual doktor scan pakai ultrasound biasa je or 2D. Masa ni terkejut gila sebab bila doktor scan je terus nampak dah.

"Okay puan..ini rahim...ini kantung baby...ini janin yer..."

Gulp!


Alhamdulillah...syukur..masa ni boleh rasa jantung aku degup laju..semacam je rasa. Tak boleh nak cakap. Kepala ingat Khadija je.

Masa ni baru sangat lagi...usia janin baru 6weeks ++ so nak dengar degup jantung pun tak boleh sebab borderline antara dengar dgn tidak. Doktor suggest datang lagi dalam dua tiga minggu..then boleh scan lagi sekali utk dengar jantung baby. Expected due date insyaallah bulan 4 tahun depan. I'm reaching 18 weeks now and about 22 weeks or less to go sampai la berjumpa dgn my second baby darling..InShaAllah. 

So...thats the story how I found out that I'm pregnant AGAIN...and still can't believe that I'm pregnant AGAIN..rezeki kan?.. Wish me luck for the 2nd one. Doakan semoga semua dipermudahkan, semoga mama tabah utk bulan bulan yg akan datang. Aamin. 

Sekian. 


Thursday, May 11, 2017

8 month baby #khadijanuraisya


Assalamualaikum 


Hai.. !! 

Hari ni genap 8 bulan usia Khadija. Sekejap je rasanya kann. Teringat pulak masa nurse letak dia buat pertama kali kat atas badan. Kecik bulat jer. Sekarang..hmm dah makin besar dah anak Mama. Nangis la mama macam ni. 

Khadija jenis anak yg suka berkepit. Clingy semacam. Kalau tidur kena baring dgn dia..pegang tangan..usap kepala sampai la dia lena. Tapi dalam pada lena tu dia boleh terjaga bila rasa tak ada orang kat sebelah dia. Since baby, memang tak pernah ajar Khadija tidur dalam buai, babycot ke or helper macam bouncer yg boleh bagi dia tidur lena. Dia memang fully tidur letak je so memang senang la nak kemana mana tak payah angkut segala besi ke apa tapi yg susah dia nak ada org tepi dia je selalu. Then bila dia jaga as usual kena la layan dia all the time sebab dia dalam fasa merangkak and cuba cuba nak berdiri. Memang sentiasa kena tengok tak boleh tinggal. So aktiviti tu memang mengutip dia dekat ceruk rumah je la.




Dalam usia 8 bulan ni jugak Khadija dah makin pandai banyak benda. Kalau dulu tak pandai or malas pegang botol, sekarang dah rajin dah nak pegang tiap kali menyusu. Dah boleh dah pegang campak barang dengan jayanya. Dah makin maju panjat badan Mama and Abah. Dah reti kena marah dengan Mama. Dah tahu kat mana Mama kalau Mama hilang depan mata. Haih macam macam. 

Betul la kata orang kalau anak tu tengah tidur memang tak ada maknanya nak bersenang lenang sama..sebab time tu la kita nak buat apa yang tergendala. Makan minum mandi masak mengemas segala.


Paling best and teruja hati gedabak gedebuk bila diambang 8 bulan ni Khadija makin suka menjerit satu kejiranan. Tak boleh la Mama silap langsung..kalau silap confirm dia buat opera. And dia suka pergi dapur tapi tak suka kalau Mama buat kerja kat dapur. Dia punya menangis nauzubillah. 




"Jangan macam tu nak..Mama gigih nak asah bakat kat dapur",...

Otherwise Khadija ajar Mama macam mana nak makan laju laju and mandi bawah dari 5minit. Pheww..!! 

Khadija dah boleh makan ?

Yes, Khadija dah boleh makan. Masa dia 6 bulan dah start bagi dia makan solidfood dah. Sebulan je la introduce dia dengan segala puree buah and veggies. Alhamdulillah anak yg menyenangkan. Dia makan je (nampak sgt selera ikut mak..). Masuk 7 bulan sampai sekarang kenalkan dia dgn porridge pulak and sekali lagi tak pernah yg tolak. Haha! Bak kata pepatah..rezeki jangan ditolak. Harap umur setahun Khadija boleh dah makan gulai lemak cili api.. Haha!! 


Khadija paling suka dengan Didi & Friends maybe sebab dari umur dia 2 bulan kot dia dah start tgk Didi so dia jadi peminat no 1 Didi. Dia boleh terjaga dari tidur kalau dengar iklan Didi.... (iklan je pun...alert betul). Abah Khadija sampai terpaksa beli DVD Didi tu untuk umpan dia tak pergi dapur kacau Mama masak..(tapi habis lagu dia datang jugak kat dapur...macam tahu je). 



Tanggungjawab seorang Mak tu bukan la senang rupanya..sebab tak semua benda yang kita rancang tu menjadi. Dah ada anak ni buat kita belajar banyak benda..salah satunya macam mana nak buat kerja selaju boleh walaupun tak la laju mana pun. Kalau dulu masak pun nak  bersenang lenang dekat dapur ambik masa sejam tapi sekarang kalau boleh setengah jam siap masak and hidang atas meja. Terasa la diri tu terror sekejap. Even thou jadi fully housewife terasa jugak masa tu tak cukup sebab bukan anak je nak diperhati..bapak dia pun kena perhati jugak. Hihi. 

Mama harap Khadija bukan jenis yang memilih ye. Jangan cerewet sangat. Susah apak kau nanti. Haha!! Insyaallah lepas ni Mama nak park progress Khadija tiap bulan dalam blog. Rindu rindu boleh baca. Kalau rasa geram pun boleh jugak Mama baca.  





Monday, May 8, 2017

Throwback Pregnancy Story


Assalamualaikum

Hai..! 

Sebulan duduk Johor then kami ada balik kampung aku sekejap di Tg.Malim. Masa dekat kampung kakak and Mak aku ada tegur yg aku semakin membulat. Muka aku yg sedia lebar bertambah lebar..tp masa tu aku langsung tak hairan sbb memang betul pun.. 'bahagia lepas kahwin kot' jawapan yg aku bagi dekat diorang. 

Kebetulan hari kami nak balik JB, kakak aku perasan ada asam masin dalam kereta..so dia tanya siapa punya. Aku kata itu Wan yg beli..dari JB nak balik kampung dia boleh habis sepeket asam masin..macam tak ada apa jer bila makan. Muka berkeriut pun tidak. 

Dgn selamba kakak aku kata.. "tah tah ko ngandung tak? laki ko beriya mkn asam masin" . Aku boleh gelak jela time tu. Sesuka hati dia je.

****

Seminggu sebelum period due..perangai aku nauzubillah bertambah pemalas. Serba serbi malas. Bangun tidur pagi pun semata nak hantar Wan pergi kerja je pastu terjun katil balik sambung tidur. Mata tu nak lelap sesaja. Aku boleh tidur sampai ke tengahari. Lepas tu badan aku tak sedap, rasa penat semacam. Aku rasa nak demam, lenguh seluruh kaki..sakit pinggang..so aku assumed maybe tanda tanda awal sakit sebab nak datang period. 

Satu hari tu aku punya mood okay semacam. Elok je aku nak kemas rumah. Sental bilik air, mop rumah, lipat kain, susun kain yg dah berlipat ikut kaler..macam-macam..masak pun awal. Lepas maghrib sambil tunggu Wan balik dari kerja, aku sibuk susun bongkar kain dlm bilik. Tengah feel susun kain Wan balik.., macam biasa dia bergurau dgn aku tp masa tu fokus aku kelain so aku senyap je..tak layan dia. Rupa-rupanya time tu dia sentap dgn aku sbb tak layan dia..dah dia merajuk pulak. 

Yg aku memang sejenis tak layan org merajuk and tak pandai langsung nak pujuk org merajuk ni..so aku biar je Wan layan perasaan dia sampai okay. Tapi dalam kepala tu dok pikir jugak..dah kenapa dgn laki aku nih? Tak pernah-pernah nak merajuk..tetiba hari tu pulak yg dia pilih. 
Tak sangka rajuk tu berlarutan sampai 2-3hari. Masa tu aku pulak yg merajuk..berjangkit. Silent treatment. 

Yg buat 'perang dingin' berakhir bila aku dah rasa tak larat sangat tahan sakit baru aku bukak mulut. Entah mcm mana entah aku teringat period aku tak datang lagi..dah lewat 10hari. Masa tu satu badan sakit. Pinggang aku kejap kejap sengal, kaki lenguh yarabbi. Bila Wan nampak aku dah macam apa jer dok gelisah sorang atas katil, dengan selamba Wan kata aku mengandung.."Entah-entah awk mengandung tak, asyik merajuk je.." .

Malam tu bila aku whatsapp kakak aku bagitahu aku sakit badan..kakak aku suruh aku check UPT. Gulp! 

So esok petangnya kami decide nak check tapi aku macam takut takut la jugak nak check. Wan ajak aku pergi klinik tapi aku decide nak check sendiri je dulu. Aku pergi guardian je beli UPT. 

****

Esok awal pagi aku bangun semata mata nak buat urine test. Excited nih. Orang kata kalau nak buat urine test kena test urine yg pertama. And the result is...


 


Seriously, I am positively pregnant.  

Tak tahu nak kata apa bila tengok double line tu. Terduduk sekejap dalam bilik air. Seriously masa ni meraung menangis tak tahu kenapa. Happy takut hiba semua ada. Masa tu cuma syukur pada yg SATU.

Terus whatsapp dekat Wan result UPT pagi tu and macam biasa respond dari Wan rileks je..takde menunjuk sebarang  perasaan (cis..!! kebal betul hati mamat ni) bila dapat tahu aku pregnant. Esok harinya Wan decide nak bawak aku pergi klinik utk buat confirmation. Sampai klinik doktor pun sahkan aku memang pregnant almost 5weeks and still baru sangat lagi. 

Masa ni morning sickness segala macam tak ada lagi..cuma penat badan je la lenguh lenguh. Dalam kepala dah terbayang dah...nanti ada ke sakit macam dalam drama tv tu..muntah muntah. Bercadang nak feeling drama dgn suami la pulak kat rumah. Haha!! 

Cenggitu lah macam mana aku dapat tahu aku mengandung..perangai laki bini kelaut dalam masa tu..petanda mungkin. Yg paling ketara Wan la..sebab dari tak pernah merajuk jd merajuk..makan asam masin macam kunyah mentos je. Pagi pagi dia yg loya. Hahaha..!! 

Such a good memories.. 



Thursday, April 20, 2017

motherhood. penat ke tak?

                             
       Assalamualaikum


Hai !


Bila dah masuk club motherhood ni..automatically kehidupan aku 100% bertukar and more challenging. Hari hari ada je benda yang aku nak buat, something to clean, something to buy (yg ni takde anak pun mmg suka membeli) somewhere to go...atas alasan semuanya untuk anak. Padahal budak tu satu apa pun tak tahu selain susu + b***k + tidur. 

Exhausted? Tipu lah kalau tak kan. Normal. 

*****


Motherhood ni bagi aku stages yg ada so many emotions. Ada hari aku rasa macam hari yg magik bila anak behave and menyenangkan..ada hari aku rasa totally $%#**.. ada hari aku rasa aku memang exhausted gila vavix sampai lupa yg satu hari tak minum, and ada hari aku rasa macam tak dihargai. Emosi sungguh. Tipu la kalau aku kata aku tak struggle untuk satu hari. Semua life part pun kena struggle untuk yg terbaik..termasuklah part bila kau dah punya anak sebab anak adalah anugerah, amanah and pinjaman dari yg SATU and kita sebagai hamba wajib pikul tanggungjawab tu sebaik yg mungkin.


Aku banyak share pasal Khadija dalam instagram and kebanyakkan kenalan and viewers kata Khadija baik and baik and baik. Alhamdulillah...aamin ya allah, kata kata tu kan ibarat doa yang melantun jadi harapan seorang mak mestilah nak and bangga kalau betul anak tu seorang anak yg baik. Doakan selalu. Tapi secara jujurnya ada jugak bad days and good days for me bila tinggal berdua dgn Khadija.

***

Sebenarnya Khadija ni jenis clingy sikit nak pulak sekarang 7bulan dah..dah pandai macam-macam..dah kenal orang, jenis tak boleh kena tinggal sekejap...maybe sebab dia selalu nampak mak je depan mata banding dgn abah dia..and lately tak boleh la mama dia hilang dari pandangan mata langsung kalau tak dia boleh menangis menjerit tahap nak bagi satu kejiranan ni dengar. Memang masa mula-mula tu aku okay lagi..aku assumed maybe dia takut or nak apa-apa dari aku..then bila dah selalu sgt nak berkepit sampai satu kerja rumah pun tak boleh nak buat dah kenapa kann? and plus nak melepaskan 'keperluan abadi' pun terbantut okay. Kalau dkt kampung mmg aku tak risau sbb ramai yg tolong jagakan dia tp bila balik JB susah la sikit sebabnya mostly siang memang tinggal berdua je dgn aku.


So as a mother, confirm kita akan hafal and ingat waktu anak nak main, waktu dia nak mkn and sewaktu dgnnya sebab bila dia tidur it is "party" to me..tp, bila dia jaga tak boleh nak tinggal, so I distract her with tv! Bagi la tgk Didi&Friend..UpinIpin ke or whatever cerita yg ada dlm astro ceria. At the same time aku buat la kerja selaju yg boleh.


Bukan la nak jadi 'a bad parent' yg dedahkan anak dari kecik dgn tv, gadget and so on..but this is only way to distract her and everyone has done it at same point. Selagi kita tahu apa yg terbaik utk anak kita sendiri and pandai manage masa then aku rasa takde masalah langsung sebab jadi mak-mak ni aku rasa tak perlu kot be so hard on yourself, sebab bagi aku anak la yg sebenarnya yg buat kita kuat espeacially the days that have been rough.

Kalau dah terlampau penat sgt aku akan minta tolong suami jagakan anak atau aku jaga anak suami yg tolong kemas kemas rumah. Tapi selalu suami aku memang ringan tulang tolong kemas rumah. Kalau dah terlampau bosan duduk rumah, aku minta bawak pergi jalan-jalan window shopping. So tak ada lah kelakuan aku bak umpama zombi kena panahan matahari. 

Aku takde la pandai sgt nak kongsi bab-bab parenting ni sbb anak baru sorang..kot nanti bila anak dah 10 aku pun sama kelaut nun dalam. Haha!! Aku and Wan still dalam learning process utk jadi mama and abah yg baik untuk Khadija and sampai bila-bila pun kami akan belajar. Tak ada satu hal pun yg tak memenatkan hari hari kita tapi kalau ada sikap tolak ansur uruskan...tadehaaal bro!!.


Kesayangan ❤ 


Thanks for reading.. 🌹