Assalamualaikum.
Sebelum dia pergi....
Semenjak dua tiga menjak Opah aku tak sihat. Kesian tengok dia so aku selalu ulang alik pergi tengok dia dengan Mak. Kaki bertambah-tambah lah bengkaknya..besar dah. Tengok muka dia..alahai uzurnya Opah. Tak sangka dah 12 tahun pun Opah macam tu. dari kuat terdaya berjalan berlari sampai lah tak terlangkah setapak pun kaki dia. Lumpuh! Ya Opah dah lumpuh tak berjalan. Punca sakitnya sampai sekarang pun aku tak tahu. Penyakit Opah bukan yang calang-calang. Alhamdulillah kami masih diberi kesempatan bersama dengan Opah.
Bila dua tiga hari ni dia mengadu sakit..hati masing-masing mula risau. Di ajak ke hospital dia tak mahu..apa yang boleh cuma menjaga dia sebaik mungkin. Sehari...dua hari...makin teruk dia mengadu sakit. Kaki dah mula keluar air dari lubang liang roma. Kaki mula bersalin kulit..berbiji...bengkak. Bila sakit tak tertanggung, Opah sendiri yang minta nak ke hospital..tak tahan agaknya.Doktor kata tak apa. Kuman ada sedikit jadi tak perlu ditahan masuk wad. Alhamdulillah...!! sampai ke rumah masih mengadu sakit. Masing-masing berjaga untuk menjaga Opah. Kesian Opah.
Seminggu lepas tu..sakit Opah makin kerap. Entah apa sakitnya kami pun tak tahu. Dia gelisah tak sudah. Panas katanya..kami letak sampai dua kipas. Tak sampai 2 minit dah mengadu dia sejuk. Duduk salah dia nak baring..baring tak selesa dia nak bangun. Kesian tengok dia. Tidur entah bila. Lelapnya mata dia bila dia betul-betul penat. Penat kami..penat lagi agaknya dia menanggung sakit.
Tak ada apa yang mampu Cuma doa yang baik-baik je untuk dia.
Entah macam mana...pakcik saudara aku ajak Makngah bawak Opah dan Atuk duduk rumah dia di Subang Perdana. Senang katanya kalau ada apa-apa emergency. And selebihnya nak bagi Opah duduk dalam aircond sebab dia tak tahan sangat dengan cuaca panas. Kebetulan cuaca minggu tu tersangat-sangat lah panas. Lepas maghrib aku datang rumah Opah nak tengok dia sebelum dia pergi ke Subang. Masuk je rumah..nampak dia tidur kat katil yang dah tersedia kat luar. Nampak uzur sangat. Makngah kata dia baru tidur jadi aku dengan Mak tak sampai hati nak ganggu tidur dia.
Dia terjaga bila aku cium pipi dia. Dia gamit tangan minta tolong bangunkan dia. Lenguh katanya. Tak sampai 1 minit dia duduk..dia lepaskan badan dia tersandar dekat badan aku.
Sambil sandar dia cakap dengan aku yang dada dia sakit sebab asyik batuk..sebak jadinya tengok dia macam tu. Perlahan-lahan aku usap belakang badan and dada dia.
Tiba-tiba dia sandar kepala dia kat dada aku..and terus kepala aku teringat kali terakhir arwah abah bersandar dekat aku. Opah diam je masa bersandar dengan aku..tiba dia cakap dengan aku yang dia dah tak lama lagi dah..dia kata dia nak mati. Allahuakhbar! Masa tu Tuhan je tahu hati aku ni macam mana.
Berkali-kali dia suruh doakan untuk dia. Aku iya kan apa saja dia kata. Aku suruh jugak dia banyak ingat Allah..and aku cakap dia mesti sihat sebab aku nak kahwin tak lama lagi.
Dua hari dia di Subang, hari Jumaat malam tu aku dapat tahu yang Opah sesak nafas..semput dia datang. Cepat-cepat aku telefon sepupu aku nak tahu pasal Opah. And terkejut bila dapat tahu yang Opah masuk emergency room. Berjam-jam Opah dalam tu..tak ada siapa..tak ada sorang pun ahli keluarga yang boleh jenguk Opah. Risaunya Tuhan yang tahu. Esoknya baru lah Opah dimasukkan dalam wad biasa..but still lagi condition dia lemah. Dah tak larat nak bangun sendiri. Dah tak larat dah nak buat apa. Semua kena dibantu. Hari Ahad baru lah kitorang dapat kesempatan nak pergi jenguk Opah dekat hospital.
Mulanya aku malas je nak pergi tengok Opah. Entah kenapa entah. Padahal kalau tiap kali Opah masuk hospital aku mesti nak pergi tengok. Aku yang beriya-iya ajak Mak pergi lawat Opah tapi kali ni aku betul-betul malas nak ikut. Tapi hati tu jadi tak sedap je. Rezeki jugak kat aku bila salah sorang abang aku nak pergi tapi kami pergi lambat. Mak and kakak aku pergi dulu. Dalam pukul 5 aku sampai di Hospital Selayang. Bila masuk je wad Opah, aku nampak ramai yang dah ada, pakcik makcik aku and sepupu aku jugak. Bila pandang ke katil ternampak dia baring tak daya kat katil. Aku sebak dah tapi tahan je.
Sepanjang kami kat situ macam-macam yang Makngah aku cerita. Semuanya cerita pasal Opah.
Aku ingat lagi aku pujuk dia makan sikit. Aku tanya dia nak makan apa. Aku tanya dia nak minum ke tidak. Tapi semua tu dia jawab dia dah kenyang, dia dah minum. Tapi still jugak lagi kami cuba pujuk and yang aku ingat aku dapat jugak suapkan dia whipped potato KFC tu sikit kat hujung sudu. Bila kami yang cucu-cucu ni tanya dia nak makan apa..dia jawab esok lah..esok!.
Entah macam mana entah aku bertanya dengan dia..
“Opah nak bubur tak? Opah nak bubur apa?”
“tak nak...esok lah. Esok lah buat bubur..”..hati macam nak tercabut time tu.
“sakit lagi tak dada Opah?”
“tak ada dah...”
“Opah tengok ni..ramai ni ada tengok Opah kat sini. Semua ada. Makan ubat tau nanti boleh cepat balik”
“pergi balik..esok jumpa Opah yer”..hati aku makin tak sedap. Tak tahu nak kata rasa apa time tu. Lagi terkejut bila Mak aku sendiri cerita bila dia dengan Opah.
“Pit (panggilan nama Mak aku)..Omak tidur la yer? Esok Omak nak berjalan..nak balik dah.”
“Yelah..tidur lah. Jalan baik-baik tau..” jawab Mak aku. Tak sedar apa yang dia jawab sebenarnya.
Sebelum waktu melawat habis, Makngah minta tolong kami yang ada kat situ bersihkan Opah. Dia buang air rupanya. Tak larat buat sorang kata Makngah sebab keadaan Opah yang lemah sangat. Makngah dengan Mak tolong bersihkan Opah sementara aku, Makutih and kakak tolong pegangkan and tolong Opah angkat badan. Opah memang tak daya langsung. Nak mengiring pun tak boleh. Masa Makutih nak buang pampers yang dah kotor, aku ganti dia sambil peluk bahu Opah mengiring menghadap aku, time tu Mak and Makngah sibuk bersihkan Opah and nak pakaikan dia pampers. Time tu jugak lah aku terbau satu bau yang payah nak aku explain..tapi bau tu..bau yang sama bila dulu kali terakhir arwah abah tidur kat bahu aku. Allahuakhbar!
Dalam perjalanan nak balik, aku sempat bertanya dengan Mak aku.. “Mak tengok Opah sekarang macam mana?” Mak aku diam sekejap tapi lepas tu dia tanya aku balik dengan soalan yang sama.
Aku cuma jawab yang macam mana aku tengok arwah Abah dulu..semua tu dah ada kat Opah. Bukan lah pandai tapi mungkin sebab aku pernah alami situasi macam tu.
Bila dia pergi..
Esok paginya aku dapat called dari sepupu aku, Liana. Dia kata Opah dah tenat. Dapat tahu je aku terus tanya dengan Mak aku samaada dia nak pergi hospital ke tidak tengok Opah. Kebetulan abang aku tak kerja and abang aku nak pergi tengok Opah. Aku tak ikut sebab jaga anak abang-abang aku kat rumah.
Tepat pukul 1 tengahari, aku dapat called lagi dari Liana, dia kata nafas Opah dah berhenti..tapi still tunggu doktor buat confirmation. Allahuakhbar! Entah apa yang aku rasa sekarang melainkan nak meraung..tapi pelik aku sikit pun tak mahu menangis. Bila dah disahkan Opah meninggal, termenung sekejap tak tahu nak buat apa. Aku cuma sempat called isteri sepupu aku kak Fetty suruh dia balik bukakan rumah kampung. Yang lagi buntu bila hanya ada aku, kak Fetty, along Apir, Along, and Ayang Aju yang kat kampung. Hanya kami yang cucu yang ada nak buat persiapan kat rumah sementara menunggu jenazah Opah dibawa balik. Alhamdulillah orang kampung, jiran-jiran yang banyak tolong.
Sementara menunggu jenazah Opah sampai ke rumah, kami sempat bacakan tahlil untuk arwah. Aku tengok ramai yang sedekahkan ayat suci Al-QURAN untuk Opah. Ada yang baca Yaasin. Penuhnya rumah tu dengan jiran tetangga dan saudara mara. Dalam pukul 5 petang jenazah Opah sampai kampung.
Sempat jugak kami yang cucu-cucu dan ahli keluarga lain mencium Opah buat kali terakhir Tengok muka dia macam orang tengah tidur. Bersihnya muka dia...subhanaallah! Jenazah Opah disembahyangkan kali terakhir dirumah. Rezeki arwah baik sangat, ramai yang solatkan dia. Anak cucu menantu penuh disaf. Saudara mara yang lain tak ketinggalan solatkan arwah Opah. Allahuakhbar.
Hajat arwah tercapai bila anak cucu mandikan dia, bila anaknya sendiri yang mengimamkan solat jenazah untuknya. Sampai ke kubur, anak cucu yang menyambut arwah masuk ke liang. Beruntungnya arwah bila talkin juga dibaca oleh anaknya sendiri. Sayu hati kami sekeluarga menghantar arwah Opah berpindah ke “rumah baru”.
Rindunya kami pada arwah Opah. Rindu yang amat.
Sedihnya hati aku bila arwah tak sempat tengok aku naik pelamin. Sedih jugak hati aku bila ingat semua pesan dia sebelum dia pergi. Aku rajin usik dia masa dia ada..dia satu-satunya Opah yang selalu jaga hati anak-anak dan cucu. Arwah pergi 2 March 2015 meninggalkan kami untuk selamanya. Semoga arwah Opah tenang disana. Semoga rohnya dicucuri rahmat.