Thursday, May 11, 2017

8 month baby #khadijanuraisya


Assalamualaikum 


Hai.. !! 

Hari ni genap 8 bulan usia Khadija. Sekejap je rasanya kann. Teringat pulak masa nurse letak dia buat pertama kali kat atas badan. Kecik bulat jer. Sekarang..hmm dah makin besar dah anak Mama. Nangis la mama macam ni. 

Khadija jenis anak yg suka berkepit. Clingy semacam. Kalau tidur kena baring dgn dia..pegang tangan..usap kepala sampai la dia lena. Tapi dalam pada lena tu dia boleh terjaga bila rasa tak ada orang kat sebelah dia. Since baby, memang tak pernah ajar Khadija tidur dalam buai, babycot ke or helper macam bouncer yg boleh bagi dia tidur lena. Dia memang fully tidur letak je so memang senang la nak kemana mana tak payah angkut segala besi ke apa tapi yg susah dia nak ada org tepi dia je selalu. Then bila dia jaga as usual kena la layan dia all the time sebab dia dalam fasa merangkak and cuba cuba nak berdiri. Memang sentiasa kena tengok tak boleh tinggal. So aktiviti tu memang mengutip dia dekat ceruk rumah je la.




Dalam usia 8 bulan ni jugak Khadija dah makin pandai banyak benda. Kalau dulu tak pandai or malas pegang botol, sekarang dah rajin dah nak pegang tiap kali menyusu. Dah boleh dah pegang campak barang dengan jayanya. Dah makin maju panjat badan Mama and Abah. Dah reti kena marah dengan Mama. Dah tahu kat mana Mama kalau Mama hilang depan mata. Haih macam macam. 

Betul la kata orang kalau anak tu tengah tidur memang tak ada maknanya nak bersenang lenang sama..sebab time tu la kita nak buat apa yang tergendala. Makan minum mandi masak mengemas segala.


Paling best and teruja hati gedabak gedebuk bila diambang 8 bulan ni Khadija makin suka menjerit satu kejiranan. Tak boleh la Mama silap langsung..kalau silap confirm dia buat opera. And dia suka pergi dapur tapi tak suka kalau Mama buat kerja kat dapur. Dia punya menangis nauzubillah. 




"Jangan macam tu nak..Mama gigih nak asah bakat kat dapur",...

Otherwise Khadija ajar Mama macam mana nak makan laju laju and mandi bawah dari 5minit. Pheww..!! 

Khadija dah boleh makan ?

Yes, Khadija dah boleh makan. Masa dia 6 bulan dah start bagi dia makan solidfood dah. Sebulan je la introduce dia dengan segala puree buah and veggies. Alhamdulillah anak yg menyenangkan. Dia makan je (nampak sgt selera ikut mak..). Masuk 7 bulan sampai sekarang kenalkan dia dgn porridge pulak and sekali lagi tak pernah yg tolak. Haha! Bak kata pepatah..rezeki jangan ditolak. Harap umur setahun Khadija boleh dah makan gulai lemak cili api.. Haha!! 


Khadija paling suka dengan Didi & Friends maybe sebab dari umur dia 2 bulan kot dia dah start tgk Didi so dia jadi peminat no 1 Didi. Dia boleh terjaga dari tidur kalau dengar iklan Didi.... (iklan je pun...alert betul). Abah Khadija sampai terpaksa beli DVD Didi tu untuk umpan dia tak pergi dapur kacau Mama masak..(tapi habis lagu dia datang jugak kat dapur...macam tahu je). 



Tanggungjawab seorang Mak tu bukan la senang rupanya..sebab tak semua benda yang kita rancang tu menjadi. Dah ada anak ni buat kita belajar banyak benda..salah satunya macam mana nak buat kerja selaju boleh walaupun tak la laju mana pun. Kalau dulu masak pun nak  bersenang lenang dekat dapur ambik masa sejam tapi sekarang kalau boleh setengah jam siap masak and hidang atas meja. Terasa la diri tu terror sekejap. Even thou jadi fully housewife terasa jugak masa tu tak cukup sebab bukan anak je nak diperhati..bapak dia pun kena perhati jugak. Hihi. 

Mama harap Khadija bukan jenis yang memilih ye. Jangan cerewet sangat. Susah apak kau nanti. Haha!! Insyaallah lepas ni Mama nak park progress Khadija tiap bulan dalam blog. Rindu rindu boleh baca. Kalau rasa geram pun boleh jugak Mama baca.  





Monday, May 8, 2017

Throwback Pregnancy Story


Assalamualaikum

Hai..! 

Sebulan duduk Johor then kami ada balik kampung aku sekejap di Tg.Malim. Masa dekat kampung kakak and Mak aku ada tegur yg aku semakin membulat. Muka aku yg sedia lebar bertambah lebar..tp masa tu aku langsung tak hairan sbb memang betul pun.. 'bahagia lepas kahwin kot' jawapan yg aku bagi dekat diorang. 

Kebetulan hari kami nak balik JB, kakak aku perasan ada asam masin dalam kereta..so dia tanya siapa punya. Aku kata itu Wan yg beli..dari JB nak balik kampung dia boleh habis sepeket asam masin..macam tak ada apa jer bila makan. Muka berkeriut pun tidak. 

Dgn selamba kakak aku kata.. "tah tah ko ngandung tak? laki ko beriya mkn asam masin" . Aku boleh gelak jela time tu. Sesuka hati dia je.

****

Seminggu sebelum period due..perangai aku nauzubillah bertambah pemalas. Serba serbi malas. Bangun tidur pagi pun semata nak hantar Wan pergi kerja je pastu terjun katil balik sambung tidur. Mata tu nak lelap sesaja. Aku boleh tidur sampai ke tengahari. Lepas tu badan aku tak sedap, rasa penat semacam. Aku rasa nak demam, lenguh seluruh kaki..sakit pinggang..so aku assumed maybe tanda tanda awal sakit sebab nak datang period. 

Satu hari tu aku punya mood okay semacam. Elok je aku nak kemas rumah. Sental bilik air, mop rumah, lipat kain, susun kain yg dah berlipat ikut kaler..macam-macam..masak pun awal. Lepas maghrib sambil tunggu Wan balik dari kerja, aku sibuk susun bongkar kain dlm bilik. Tengah feel susun kain Wan balik.., macam biasa dia bergurau dgn aku tp masa tu fokus aku kelain so aku senyap je..tak layan dia. Rupa-rupanya time tu dia sentap dgn aku sbb tak layan dia..dah dia merajuk pulak. 

Yg aku memang sejenis tak layan org merajuk and tak pandai langsung nak pujuk org merajuk ni..so aku biar je Wan layan perasaan dia sampai okay. Tapi dalam kepala tu dok pikir jugak..dah kenapa dgn laki aku nih? Tak pernah-pernah nak merajuk..tetiba hari tu pulak yg dia pilih. 
Tak sangka rajuk tu berlarutan sampai 2-3hari. Masa tu aku pulak yg merajuk..berjangkit. Silent treatment. 

Yg buat 'perang dingin' berakhir bila aku dah rasa tak larat sangat tahan sakit baru aku bukak mulut. Entah mcm mana entah aku teringat period aku tak datang lagi..dah lewat 10hari. Masa tu satu badan sakit. Pinggang aku kejap kejap sengal, kaki lenguh yarabbi. Bila Wan nampak aku dah macam apa jer dok gelisah sorang atas katil, dengan selamba Wan kata aku mengandung.."Entah-entah awk mengandung tak, asyik merajuk je.." .

Malam tu bila aku whatsapp kakak aku bagitahu aku sakit badan..kakak aku suruh aku check UPT. Gulp! 

So esok petangnya kami decide nak check tapi aku macam takut takut la jugak nak check. Wan ajak aku pergi klinik tapi aku decide nak check sendiri je dulu. Aku pergi guardian je beli UPT. 

****

Esok awal pagi aku bangun semata mata nak buat urine test. Excited nih. Orang kata kalau nak buat urine test kena test urine yg pertama. And the result is...


 


Seriously, I am positively pregnant.  

Tak tahu nak kata apa bila tengok double line tu. Terduduk sekejap dalam bilik air. Seriously masa ni meraung menangis tak tahu kenapa. Happy takut hiba semua ada. Masa tu cuma syukur pada yg SATU.

Terus whatsapp dekat Wan result UPT pagi tu and macam biasa respond dari Wan rileks je..takde menunjuk sebarang  perasaan (cis..!! kebal betul hati mamat ni) bila dapat tahu aku pregnant. Esok harinya Wan decide nak bawak aku pergi klinik utk buat confirmation. Sampai klinik doktor pun sahkan aku memang pregnant almost 5weeks and still baru sangat lagi. 

Masa ni morning sickness segala macam tak ada lagi..cuma penat badan je la lenguh lenguh. Dalam kepala dah terbayang dah...nanti ada ke sakit macam dalam drama tv tu..muntah muntah. Bercadang nak feeling drama dgn suami la pulak kat rumah. Haha!! 

Cenggitu lah macam mana aku dapat tahu aku mengandung..perangai laki bini kelaut dalam masa tu..petanda mungkin. Yg paling ketara Wan la..sebab dari tak pernah merajuk jd merajuk..makan asam masin macam kunyah mentos je. Pagi pagi dia yg loya. Hahaha..!! 

Such a good memories..