Saturday, May 7, 2016

#randomstory1 : abang aku dah terror



Assalamualaikum..


hai insan pembaca..!!

kita lompat entry sikit lah eh. ingat nak update dulu entry lain tapi sebab ada lagi yang tak habis jadi kita updated dulu lah blog yang ini tapi ayat aku macam biasa ayat tibai sajerrr..

tahun lepas, bulan 10 turn aku pulak la nak menggatai menikah dgn jantung hati kononnya. memang semua preparation kenduri all out aku dengan adik beradik aku je yang buat. ada jugak yang datang tolong and tak lupa ada jugak yang tolong tengok je. hihi. memang aku tabik lah dengan abang and kakak aku semua sebab aku punya kehendak dilayankan sahaja. bagus! buat aku sayang and tacing lebih dihari kejadian. sekarang bila dah 5-6 bulan kot tak silapnya aku dirikan rumahtangga tingkat tiga, alhamdulillah aku dengan suami dapat rezeki anak awal. Allah s.w.t. hadiahkan kami dengan rezeki anak lepas dua bulan lebih aku kahwin..kalau tak silap hahaha! 

sorry sayang. i tak ingat tarikh la pulak. 

asalnya aku dengan kakak-kakak ipar aku, kak Ita and kak Mun berborak la pasal nak beli barang baby sebab kak Mun pun preggy jugak so aku ni memang tahap bengap lah jugak nak beli barang macam mana apa semua so kami yang perempuan-perempuan ni berborak je lah...sekali abang-abang aku pun join-ventured lah sekali berborak pasal barang-barang baby ni. mula-mula tu just nak tanya sikit-sikit je sebab aku rasa awal lagi kot untuk aku beli barang. ikut pantang orang tua-tua dulu tak elok beli barang awal-awal.

jangan cakap dengan aku yang kau baru tahu kau dua bulan pregnant kau dah sibuk nak beli stroller eh..hihi. back to topic...

abang-abang and kakak-kakak aku suruh aku usha dulu, survey mana yang patut, compare mana yang berkenan and last baru beli sebab barang-barang baby ni cute..cantik-cantik and lagi mahal dari barang kita yang orang besar ni, so kena cari la ikut kemampuan sendiri melainkan kau tu anak orang kaya kau boleh beli tanpa pandang tag harga yer...hihi. kakak aku suruh aku buatkan list nanti senang. boleh refer je kat list. ok malas nak tanya banyak aku pun buatlah list sebab aku pun jenis pelupa so listkan lah apa yang patut.



macam-macam yang diorang ingatkan aku, dari elok aku duduk santai sampai aku merangkak cari pen kertas nak salin apa yang diorang cakap. dari sekecik-kecik barang diorang suruh aku beli sampai sebesar-besar barang. daripada seorang-seorang aku tengok serius sampai dah tahap muka nak minta penyepak pun ada. mula-mula je yang aku rasa betul-betul diorang bagitahu aku lama-lama aku rasa macam kena game pun ada. kalau dah abang-abang aku join sekali la masuk berborak topik perempuan memang takkan ada penyudah melainkan kami adik beradik ketawa berdekah-dekah. hahaha!!

serius tak serius tu lah adik beradik aku. even abang-abang aku macam hampeh je suka kenakan aku tak kira la ada suami aku ke tidak..nak pulak sekarang diorang macam tengah tagteam reramai nak tunggu anak aku keluar kan. nak buli anak aku la tuh!! iols tak kisah uols. tapi aku respect diorang sebab bila diorang dah kahwin ni banyak benda yang kecik-kecik yang si isteri-isteri ni tak nampak tapi abang-abang aku yang bagitahu. yelah..dah bini diorang dalam pantang so diorang yang banyak take over segala benda. bagus! bagus! bagus! rupa-rupanya abang-abang aku dah terror. thats why kalau kak ipar aku tak ada pun, abang aku still boleh handle anak-anak diorang and kadang aku tak kisah pun nak tanya abang-abang aku kalau bab-bab barang anak ni sebab aku tahu diorang dah terror.

jadi sila lah standby wahai utih and uda utk cebok montot anak saya pulak. hahahaha!!!


okay! sampai sini dulu...nanti update lain pulak.
thanks for reading....