Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, March 21, 2018

Laporan 38


Assalamualaikum

*khadija tengah tidur*
Kena taip laju laju before anak kasi warning japgi.


Officially aku dh 38 weeks pregnant. Alhamdulillah untuk journey yang kedua ni walaupun mood tu ibarat tenggelam timbul. According to internet..size si anak dah sebesar sayur leek tu. Last check up hari tu pun doktor kata berat baby dalam 2.5 - 3kg dah..so now dah bertambah lagi la kot berat baby.

Movement? Hmm...I can tell she's getting little cramped in there. Her movements feel more like rolls rather than kicks. Kalau siapa yg follow Instagram aku, ada dua tiga video yg aku dapat rakam bila dia gerak. Bila dapat tengok dia bergerak tu...SubhaAllah..happy gila dapat tengok sendiri how big her movements are. Sekarang pun kepala baby dah down and putting her head right on my pelvic bone. Sumpah sometimes terasa sakit gila and makes it hard to walk..tapi harus lah aku bertahan kan.

*thats is definitely not something that I'll miss..*

Aku ada beberapa minggu je lagi nak bersalin and I don't know why..this time around aku nervous gila tapi excited at the same time. Annoying jugak la rasa bila asyik fikir pasal labour room..sakit bersalin..semua tu lah. Padahal bukannya tak pernah merasa tapi still nervous jugak.

Labour sign macam biasa. Lots and lots of random Braxton Hicks contraction. Tak ada lagi tanda tanda nak bersalin buat masa ni. Last check up..doktor kata detected aku ada kencing kotor pulak and HB aku pun makin turun..even dah makan ubat pun still turun jugak.

Risau.

Doakan urusan aku melahirkan anak yg kedua ni dipermudahkan ya. Semoga anak dalam kandungan ni sempurna dan sihat wal'afiat. Doakan kami.

Sekian laporan blog kali ni. Thanks yg sudi baca even tak apa sangat pun entry ni.


Assalamualaikum.. (tak jawab dosa)

Wednesday, February 28, 2018

Sebulan Lagi

Assalamualaikum

Hai people! 
Ada yg baca ke ni? Btw lama sangat tak singgah sini. Btw hope you guys sudi sudi la baca entry yg aku share ni eh (even korang nyampah sekalipun). Lets! 

Alhamdulillah dah 35 minggu dah usia kandungan. Alhamdulillah preparation pun almost 90% dah siap. Ada sikit sikit je lagi barang yg tak ada..tapi tu boleh dimaafkan la kiranya. Harap semua dipermudahkan nanti, InshaAllah. 

Redho dgn kebesaran diri yg semakin membesar 

8 bulan mengusung perut membuyung ni. Seriously pregnant kali ni tak se-rileks masa pregnant kan Khadija. Boleh kata masa pregnant kan Khadija enjoy sangat walaupun tak tahu apa apa langsung. Memang Tuhan permudahkan semuanya..tapi mengandung kali kedua, Tuhan uji sikit. Dia bagi rasa apa yg aku tak pernah rasa masa mengandung anak pertama dulu. Redha.

First and second trimester memang tersangat lah worst and nightmare untuk aku. Pernah sekali bila aku dah tak larat nak tanggung alahan tu..aku kata "ok cukup la..lepas ni tak nak dah". Nauzubillah, cepat cepat istighfar masa tu sebab yela..at the end of the day diri sendiri rasa nikmat tu bila dah nampak "rezeki" tu depan mata nanti. Syukur, sayang, hiba semua ada bila sakit yg kau tanggung selama mana kau mengandung tu Allah "hadiah" kan dgn "anugerah". Siapa tak nak kan?

Aku dapat merasa la alahan yg teruk sikit..maybe ada lagi yg teruk dari aku tapi bagi aku masa tu dah habis teruk dah tu. Tahap morning sickness aku memang superb! Bukan takat morning je ye..evening night sickness segalanya ada. Aku akan muntah tak kira waktu. Apa apa yg lalu kat hidung..yg tak sedap aku rasa..confirmed aku akan muntah. And muntahnya tahap isi perut pun ikut keluar sama. Even tiap kali sebelum or lepas makan pun aku akan muntah jugak. Tak tahu la kenapa tapi tu la yang aku tanggung hari hari sampai la usia kandungang aku cecah awal 6 bulan macam tu. 6 bulan pregnancy aku dah rasa muntah muntah tu makin berkurang and kadang tak ada pun dalam sehari. Alhamdulillah. 

Hilang alahan muntah..datang pulak sakit lain. Yeahh hihi. Memang menduga kesabaran tapi takpe..demi anak. Injak ke 6 bulan mengandung tu, perut aku sentiasa sakit, sakit yang mencucuk..kalau boleh nak baring je. Tak tahu la pasal apa tapi tu la aku rasa. Sometimes bila berjalan or berdiri lama pun akan terasa jugak. Mula mula tu aku assumed yg maybe sakit sebab aku dukung Khadija tapi bila tak dukung pun memang akan sakit. Sumpah sakit. Bila jumpa doktor..doktor kata itu normal. Hmm entahla. Nak tak nak aku tahan je la walaupun adakala tengah sakit sakit tu la Khadija kasi lutut..tapak kaki kat perut. Hihi. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia masa tu. Huhu. 

Masuk third trimester, aku dah start rasa susah nak tidur. Boleh kata aku sentiasa rasa sakit kepala..paling tak tahan bila lepas maghrib mula la kepala tu bertambah tambah sakit. Sebelum tidur memang wajib and kena ada minyak angin or cekapak sapu kat dahi. Dengan baby yg aktif tengah malam sampai kita yg tengah tidur lena pun terkejut kejut dia buat. Kuat tak kuat la dia kasi kann.. lepas tu pulak bila dah terjaga memang payah nak tidur balik. Selalu pun almost 5 pagi baru aku akan dapat lena. Selera makan pun makin menjadi jadi, tak cukup dengan tu..habis satu badan aku naik gatal gatal pulak..sampai berdarah jugak la kalau aku menggaru. Luka luka weh. Ingatkan sebab alergik dengan makanan rupa rupanya tak. Orang kata sebab hormon masa mengandung. Doktor pun kata benda yg sama jugak..so sabar je la menahan kegatalan sampai sekarang. Ekeke. 
Habis lengan gebu Mak! :( 

Macam macam.
Pregnancy kali ni memang aku struggled dengan weight gain yg kejap okay kejap tidak. Nak control diabetes lagi sebab masa mengandungkan Khadija dah masuk 9 bulan aku dapat GDM tapi based on diet la..dah makan tak hingat kan. So time ni tak nak la ada GDM lagi so kena and wajib la control sikit. Bahaya untuk baby actually.

Ada orang yang bertuah.. bila dia pregnant banyak kali pun dia enjoyed, dia tak ada alahan, tak ada problem langsung masa pregnant.. tapi ada jugak certain orang yg tak enjoy langsung masa dia mengandung. Penat, stress macam macam lagi..sama jugak macam aku. Tipu la kalau aku kata aku tak pernah rasa down seharian, serba tak kena, letih dgn anak + suami (padahal diorang tak ada buat apa pun), rimas dgn environment sekeliing..tp kena cepat cepat istighfar dengan semua tu sebab Allah nak uji sikit je. Kalau aku layan kan rasa nak merajuk rasa sensitif tu..memang satu apa pun tak jadi. Tak untung apa pun and tu buatkan aku lagi rasa tak selesa sebab everything seems so darn hard. Kan?

I was just so bloody tired. Tipu la kalau kata tak..
but at the end itu yang buat aku sedar that no matter how i felt during pregnancy the end of the day the result is worth it. So untuk Mak/Mama/Mommy to be out there struggling with pregnancy..just know that no matter how tough and susah sekalipun apa yang kita rasa masa mengandung...in the end kita akan rasa it was a perfect pregnancy because it brings you to were you are supposed to be..with your precious lil babe. 

InshaAllah.

A month to go sayang. Mama tak sabar nak jumpa adik baby. Sihat sihat ye sayang. One fine day, dengan izin Tuhan + bila you dah ready..kita jumpa kkk.


Okay people. Thanks for reading. Bye! 

Tuesday, October 24, 2017

Of being pregnant AGAIN


Assalamualaikum.. Hai !

Since life aku dengan Wan sekarang bertambah sibuk dgn si dey-mok Khadija yang semakin aktif so kurang lah aktiviti aku nak update kisah apa-apa dekat blog sekarang. Semua rutin bersenang lenang tu bertukar bila dah ada anak. Long time no see meh..Hihi. 


Dah ada anak ni life automatically berubah sbb tanggungjawab lagi besar. Even anak baru sorang je tapi dia punya messy tu macam anak dah ada 5. Haha! Ada je yg tanya bila nak tambah lagi sorang...and ada jugak yg wish cepat-cepat tambah anak masa birthday aku haritu ( btw thank you semua yg wish and the dua's..appreciated ). Seriously as a mother..tipu la kalau aku kata aku taknak anak ramai sbb aku dah biasa dgn suasana yg ramai and "huru hara"..so impian nak pregnant and bagi Khadija adik ialah WAJIB ye. 

Tapi....

Tapi bila fikir balik...masa tak sesuai lagi. Khadija baru je masuk 1 tahun...aku rasa kesian dgn dia, since dia jenis budak manja and clingy, so having a baby is no-no to us, YET. Aku dgn Wan nak tunggu Khadija besar sikit baru la kitorang try the 2nd one pulak...haha!! So bila orang tanya bila nak tambah..kitorang rilex je sebab memang tengah planning.

Yes. Allah is the best planner. Kita hanya mampu merancang...tapi semua tu ketentuan Allah. Dia kurniakan rezeki dgn pelbagai cara and salah satunya ialah ANAK.

Period cycle aku memang tak menentu tapi every month tak pernah missed since dah kahwin and beranak. Just tarikh haid datang yg tak tetap mcm org lain. Kadang bulan ni awal bulan..bulan depannya hujung pulak..sometimes tengah bulan, tak tetap..so susah jugak nak agak bila period due tu.

Sebulan lepas aidilfitri...aku perasan yg period aku tak datang..pelik jugak tapi aku rilex je sbb maybe hormon tak betul sebab lepas raya haritu aku stressed out dgn Khadija yg tak sihat nak tumbuh gigi..then kematian ahli keluarga. Sepanjang bulan tu banyak ulang alik Tg. Malim to JB je so tak hirau pun kenapa period tak datang. Then masuk je bulan 8 lepas birthday baru perasan yg period tak datang lagi and aku kerap rasa sakit perut liked kembung.
Then satu pagi tu aku rasa tekak aku loya sangat tapi aku assumed yg aku rasa nak muntah sebab aku lapar. Angin! Perut pulak rasa sakit..badan jadi tak sedap, serba tak kena. Petang tu bila aku nak baring and try nak meniarap tetiba jadi ngilu macam time pregnant dulu. Gulp! Aku nak baring mengiring pun kena alas perut dgn bantal.

Kakak aku laju jer suruh aku buat upt bila aku bagitahu yg period aku dah 2 bulan tak datang. Nasib baik jugak aku memang ada simpan extra UPT dekat rumah. In-case la. Tak teragak dah..time tu jugak aku pergi "test".

Kemain kau...haha! tapi masa buat tu tak ada rasa apa apa and fikir apa apa pun. Buat upt pun macam suka suka je kononnya. 

Bila dah check, result dia : 


Unexpected. Line tu kemain terang benderang. Cepat je naik double-line. Terjerit aku dalam toilet..automatically menangis sampai Khadija terkebil kebil tengok Mama dia keluar toilet menjerit sambil menangis sambil pegang satu papan kecik putih.

I am positively pregnant! Like....SERIOUSLY?

That time kepala aku terus blank...tak tahu nak buat apa. Aku cuma ingat Wan..Mak aku and labour room. Hahah. At the same time bila Khadija datang dekat aku, aku rasa malu pulak dengan dia. Don't know why. Benda pertama yg aku buat of course la aku bagitahu Wan. Aku whatsapp gambar upt tu tapi respond dia memang unpredictable.

Wan boleh tanya aku "siapa punya tu?"....seriously rasa nk hantuk kepala ke dinding. Macam biasa respond Wan biasa je tak ada sebarang perasaan eksaited. Cis!. Tapi bukti dah ada depan mata okay!

And kitorang pun decided nak buat confirmation esoknya. Time tu baru 7 weeks pregnant, based on the last first day period.

****

Esok malamnya aku dengan Wan pergi buat confirm dengan doktor pulak. Aku buat check up dekat Klinik Dr Anis dekat Kempas. Masa tu nak confirm kan betul betul aku pregnant and selamat ke tak. Doktor suggest aku buat scan je..tak payah urine test sebab aku bagitahu yang aku dah check upt and result nya postive. Lepas je daftar terus nama aku kena panggil masuk bilik doktor, time tu tak ramai pun patient so dapat la jumpa doktor cepat.

As usual doktor scan pakai ultrasound biasa je or 2D. Masa ni terkejut gila sebab bila doktor scan je terus nampak dah.

"Okay puan..ini rahim...ini kantung baby...ini janin yer..."

Gulp!


Alhamdulillah...syukur..masa ni boleh rasa jantung aku degup laju..semacam je rasa. Tak boleh nak cakap. Kepala ingat Khadija je.

Masa ni baru sangat lagi...usia janin baru 6weeks ++ so nak dengar degup jantung pun tak boleh sebab borderline antara dengar dgn tidak. Doktor suggest datang lagi dalam dua tiga minggu..then boleh scan lagi sekali utk dengar jantung baby. Expected due date insyaallah bulan 4 tahun depan. I'm reaching 18 weeks now and about 22 weeks or less to go sampai la berjumpa dgn my second baby darling..InShaAllah. 

So...thats the story how I found out that I'm pregnant AGAIN...and still can't believe that I'm pregnant AGAIN..rezeki kan?.. Wish me luck for the 2nd one. Doakan semoga semua dipermudahkan, semoga mama tabah utk bulan bulan yg akan datang. Aamin. 

Sekian. 


Monday, May 8, 2017

Throwback Pregnancy Story


Assalamualaikum

Hai..! 

Sebulan duduk Johor then kami ada balik kampung aku sekejap di Tg.Malim. Masa dekat kampung kakak and Mak aku ada tegur yg aku semakin membulat. Muka aku yg sedia lebar bertambah lebar..tp masa tu aku langsung tak hairan sbb memang betul pun.. 'bahagia lepas kahwin kot' jawapan yg aku bagi dekat diorang. 

Kebetulan hari kami nak balik JB, kakak aku perasan ada asam masin dalam kereta..so dia tanya siapa punya. Aku kata itu Wan yg beli..dari JB nak balik kampung dia boleh habis sepeket asam masin..macam tak ada apa jer bila makan. Muka berkeriut pun tidak. 

Dgn selamba kakak aku kata.. "tah tah ko ngandung tak? laki ko beriya mkn asam masin" . Aku boleh gelak jela time tu. Sesuka hati dia je.

****

Seminggu sebelum period due..perangai aku nauzubillah bertambah pemalas. Serba serbi malas. Bangun tidur pagi pun semata nak hantar Wan pergi kerja je pastu terjun katil balik sambung tidur. Mata tu nak lelap sesaja. Aku boleh tidur sampai ke tengahari. Lepas tu badan aku tak sedap, rasa penat semacam. Aku rasa nak demam, lenguh seluruh kaki..sakit pinggang..so aku assumed maybe tanda tanda awal sakit sebab nak datang period. 

Satu hari tu aku punya mood okay semacam. Elok je aku nak kemas rumah. Sental bilik air, mop rumah, lipat kain, susun kain yg dah berlipat ikut kaler..macam-macam..masak pun awal. Lepas maghrib sambil tunggu Wan balik dari kerja, aku sibuk susun bongkar kain dlm bilik. Tengah feel susun kain Wan balik.., macam biasa dia bergurau dgn aku tp masa tu fokus aku kelain so aku senyap je..tak layan dia. Rupa-rupanya time tu dia sentap dgn aku sbb tak layan dia..dah dia merajuk pulak. 

Yg aku memang sejenis tak layan org merajuk and tak pandai langsung nak pujuk org merajuk ni..so aku biar je Wan layan perasaan dia sampai okay. Tapi dalam kepala tu dok pikir jugak..dah kenapa dgn laki aku nih? Tak pernah-pernah nak merajuk..tetiba hari tu pulak yg dia pilih. 
Tak sangka rajuk tu berlarutan sampai 2-3hari. Masa tu aku pulak yg merajuk..berjangkit. Silent treatment. 

Yg buat 'perang dingin' berakhir bila aku dah rasa tak larat sangat tahan sakit baru aku bukak mulut. Entah mcm mana entah aku teringat period aku tak datang lagi..dah lewat 10hari. Masa tu satu badan sakit. Pinggang aku kejap kejap sengal, kaki lenguh yarabbi. Bila Wan nampak aku dah macam apa jer dok gelisah sorang atas katil, dengan selamba Wan kata aku mengandung.."Entah-entah awk mengandung tak, asyik merajuk je.." .

Malam tu bila aku whatsapp kakak aku bagitahu aku sakit badan..kakak aku suruh aku check UPT. Gulp! 

So esok petangnya kami decide nak check tapi aku macam takut takut la jugak nak check. Wan ajak aku pergi klinik tapi aku decide nak check sendiri je dulu. Aku pergi guardian je beli UPT. 

****

Esok awal pagi aku bangun semata mata nak buat urine test. Excited nih. Orang kata kalau nak buat urine test kena test urine yg pertama. And the result is...


 


Seriously, I am positively pregnant.  

Tak tahu nak kata apa bila tengok double line tu. Terduduk sekejap dalam bilik air. Seriously masa ni meraung menangis tak tahu kenapa. Happy takut hiba semua ada. Masa tu cuma syukur pada yg SATU.

Terus whatsapp dekat Wan result UPT pagi tu and macam biasa respond dari Wan rileks je..takde menunjuk sebarang  perasaan (cis..!! kebal betul hati mamat ni) bila dapat tahu aku pregnant. Esok harinya Wan decide nak bawak aku pergi klinik utk buat confirmation. Sampai klinik doktor pun sahkan aku memang pregnant almost 5weeks and still baru sangat lagi. 

Masa ni morning sickness segala macam tak ada lagi..cuma penat badan je la lenguh lenguh. Dalam kepala dah terbayang dah...nanti ada ke sakit macam dalam drama tv tu..muntah muntah. Bercadang nak feeling drama dgn suami la pulak kat rumah. Haha!! 

Cenggitu lah macam mana aku dapat tahu aku mengandung..perangai laki bini kelaut dalam masa tu..petanda mungkin. Yg paling ketara Wan la..sebab dari tak pernah merajuk jd merajuk..makan asam masin macam kunyah mentos je. Pagi pagi dia yg loya. Hahaha..!! 

Such a good memories.. 



Tuesday, December 13, 2016

10 SEPT 2016 (final part)


Assalamualaikum


Sampai je LR..sakit contraction masa ni buat aku rasa nak menyepak je salah sorang nurse kat kaki aku..haha sebab masa ni bila diorang tolak katil wad..memang laju pastu kita yg terbaring kat atas katil tu terikut la motion yg diorang bawak so sakit tu bertambah tambah..sabar je lah. Dalam pada sakit tu tetiba aku teringat cerita drama Korea - Doktor tu..hihi..cemas diorang dah macam drama pulak sebab aku memang dah fully open so bila2 baby boleh keluar. 

Sampai LR lagi sekali doktor dengan pembantu diorang terjerit sebab baru sekejap diorang buat booking untuk aku sebab diorang tahu bukaan aku baru 5cm..tiba tiba dah fully open. Masa tu ada dua org je dalam LR..sorang sister sorang lagi doktor. Kelam kabut dah diorang siapkan peralatan semua sebab tak jangka cpt sangat aku fully. Masa tu jugak sister dah perasan aku dok meneran..siap je diorang tukarkan baju semua, dia suruh aku ikut arahan dia..tapi seriously aku sendiri tak dengar apa dia cakap time tu sebab kepala nak meneran and sakit. Wan pulak still kat luar LR lagi. Sister tanya aku siapa nama suami? Diorang nak panggil masuk.

Khairulizwan...

Bila aku nampak Wan masuk bilik LR tu aku dah nak nangis dah sebab tak tahan sakit..tambah pulak aku rasa letih dengan mengantuk. Apa kes entah ada rasa mengantuk pulak lepas tu dalam bilik aircond sekuat kuat tu aku boleh berpeluh peluh kepanasan. Siap semua alat diorang..sister suruh aku teran..yes mula mula aku dapat cari macam mana nak kumpul nafas amd meneran tapi tah macam mana hilang bila aku nak cuba lagi. Sister pulak macam rileks je tengok aku..siap dia suruh aku luruskan kaki dulu kebawah and teran perlahan biar kepala baby betul betul ada dekat laluan. Contraction pulak makin lama makin kuat. Masa ni Wan kena keluar dari LR sebab belum masa lagi kata doktor. Wan kena tunggu diorang panggil masuk balik. Agak dalam 10minit jugak la diorang biarkan aku...tapi tak ada lah kena tinggal. Lepas sorang sister ni datang rasa perut aku terus dia panggil Wan masuk bilik. 

Sakit dah makin kuat sangat, nafas aku pula hilang kejap kejap. Then sister kata dah nampak rambut anak aku kat laluan..dia suruh aku teran sekuat boleh. Dah macam pasukan sorak sukaneka dah dalam LR bila masing masing termasuk la suami aku sendiri dok sorak suruh aku meneran. Masa meneran kali pertama aku dah rasa kepala baby dah ada kat laluan...masa tu dalam hati happy dah. Doktor pulak suruh aku tarik nafas panjang. Sekejap timbul sekejap hilang nafas time ni. Tapi sebab nak jumpa baby semangat tu lain macam..aku niat dalam hati aku yang aku nak jumpa baby. Dengan lafaz bismillah aku pun teran la sekuat hati aku and alhamdulillah lahir la seorang hamba Allah hasil perkahwinan aku dengan suami. 

Amanah yang Allah hadiahkan untuk aku dengan Wan..seorang anak perempuan. 













Sunday, December 11, 2016

10 SEPT 2016 (part 2)

Assalamualaikum

Awal pagi subuh aku dah celik mata dah. Tidur malam pun tak berapa lena sangat dah, maybe nervous nak kena induce and haritu jugak aku akan jumpa dgn anak aku. Tak tahu lah yg mana satu. 
Pagi tu aku siap siap mandi and breakfast. Sempat jugak la duduk berborak dgn kakak katil sebelah. Tengok baby dia..and paling best dia pun kena induce but then dia c-zer sebab 3kali induce pun dia still tak rasa sakit. Dia suruh aku banyak berdoa biar sekali jer kena induce so tak payah c-zer macam dia sebab cucuk epidural lagi sakit katanya. Memang kakak ni membantu perasaan aku time tu. Cuak dah..alamak macam mana nanti dgn aku bila kena induce kan? 

Jam 8.30 pagi doktor datang untuk mula procedure induce untuk bersalin hari tu. Aku ingatkan lama la rupanya less than a minute. Masuk je ubat aku tak dibenarkan langsung bangun dari baring selama 1jam. Itu untuk bagi ubat tu cepat jalan so aku ambik kesempatan tidur sekejap sementara tunggu Wan sampai. 
Sebelum tu aku whatsapp suami aku and kakak aku. Bagitahu la yg dah kena induce..minta jugak diorang and Mak doakan urusan aku dipermudahkan. Sebelum pergi hospital pun aku dah niat dah..kalau boleh biar selaraskan segala urusan aku and aku dapat jumpa baby yg sihat walafiat. 

Pukul 10pagi baru aku terjaga dari tidur, tu pun sebab bunyi baby nangis. Standard lah! Nama pun wad bersalin kan..memang bunyi baby menangis je lah. Bila aku nak bangun aku dah mula rasa sengal-sengal kaki. Alamak! Ini ke dia? Aku byk jalan je dalam wad..siap volunteer jadi tukang ambik air panas utk kakak kakak yg baru lepas bersalin tu. Org kata byk berjalan nanti jalan cepat bukak, jadi memang aku jalan je tak sudah sampai naik malu pulak dok kehulu hilir dalam wad. 

Pukul 12 baru la Wan naik wad tengok aku..masa dia sampai ada rasa yg tak boleh nak cakap. Tetiba hiba nak nangis semua ada. Memang anak aku tunggu Abah dia betul. Masa tu aku dah rasa lenguh pinggang ke bawah. Makin kuat tapi still boleh lagi tahan. Nurse yg dtg check CTG pun kata graf aku dah ada tunjuk contraction sikit tapi bila dia tanya aku, aku cuma rasa lenguh pinggang je..tak rasa sakit apa pun lagi. Pukul 2 ptg sekali lagi doktor datang check..diorang nak tgk kalau dah ada bukaan ke belum. Hampanya bila dpt tahu tak ada lagi bukaan. Masa tu aku dah start rasa perut aku mengeras sekejap sekejap. Sakit sangat. Time tu selawat dgn doa Nabi Yusuf je yg aku baca.

Pukul 3 lebih macam tu aku dah tak senang duduk. Aku bangun pergi toilet nak buang air, and masa keluar dari bilik air menghala ke katil aku tu, aku rasa ada air turun dari celah peha. Aku masuk balik bilik air ingatkan maybe aku nak buang air lagi tapi tak ada pun so aku keluar balik pergi ke katil. 
Aku bagitahu Wan kain aku basah sbb air turun..Wan boleh tanya aku  yg itu air kencing ke air ketuban. Wan tanya nak panggil doktor ke tak tapi aku refused sebab aku rasa tak payah kot tapi masa aku nak duduk kat kerusi lagi sekali air turun banyak sangat sampai basah kain. Ehh aku terkencing ke tapi aku baru lepas kencing masa tu..so aku minta Wan ambikkan aku kain baru untuk aku salin and bagitahu doktor sekali. That time sakit jangan cakap..berpeluh dahi tahan sakit. Aku duduk dalam bilik air lama kot. Siap siram-2 badan dgn air lagi bagi kurang rasa sakit sebab masa sakit tu bila kena air memang rasa rileks sikit. 

Keluar je bilik air datang 2 doktor and nurse nak check aku, diorang nak tgk samada air ketuban aku pecah or memang air kencing. Pastu doktor yg check 'jalan' tu kata bukan air ketuban and dia check lagi sekali bukaan and still tak ada bukaan lagi, tapi ada sorang doktor ni dia pulak nak seluk nak check bukaan jugak..and guess what dia kata dah bukak 3cm. Ehh mana satu betul ni? Rupanya dinding rahim aku ni jenis tinggi ke belakang and doktor yg check aku tu jenis jari pendek so agak susah la nak check. Alhamdulillah..finally dah ada bukaan. 

Lepas kena check semua aku dah tak rasa nak jalan. Time tu nak baring jer. Sakit contraction makin lama makin kerap. Ya rabbi...sakit dia susah nak cakap. Time tu badan dah sejuk panas, terus berselimut satu badan..then Bila Wan borak dgn aku pun aku rasa tak suka..time tu rasa serba tak kena langsung, tengok Wan kat sebelah pun rasa nak telan tapi syukur sangat sebab sepanjang aku rasa sakit tu Wan tak tinggalkan aku langsung even dia memang request nak turun sekejap, tapi bila dia tengok aku dah tak bercakap terus tak jadi. Masa tu tangan dia memang tempat aku menahan sakit..siap dia suruh aku tukar tangan lagi. Sakit kena genggam. Haha!! Lepas Asar dalam pukul 5ptg datang lagi sorang doktor nak check..time tu aku dah rasa nak meneran je dah. And guess what sekali lagi aku kena seluk...and jalan dah bukak 5cm.Yeayyy!!! Time tu memang sakit tapi hati tu happy sgt sebab dah halfway. Doktor bagitahu diorang akan booking labour room untuk aku. 

Pukul 6 nurse datang untuk check CTG lagi sekali. Time ni sakit tu makin menjadi jadi sampai aku nak cakap dengan Wan "kalau macam ni la sakit nak beranak, aku taknak beranak dah lepas ni.."..hihi..tapi aku tak cakap pun. Rimas dgn mesin CTG yg buat aku kena terlentang sepenuhnya. Memang sakit ya amat and tak selesa langsung. Masa ni cuma doa dgn selawat je yg aku mampu baca nak bagi redakan sakit tu. Dalam pada tu aku dah meneran sikit sikit. Lama jugak la diorang biarkan mesin CTG tu terpasang dekat aku..entah macam mana doktor yang check aku tu datang balik nak tgk graf CTG tetiba dia jerit panggil nurse. Dia tunjuk graf aku kat nurse pastu bila tgk aku dah menangis bagai menahan sakit..terus dia kata nak check jalan. Masa tu aku dgr dia kata "call labour, dah fully dah"... Berlari 2/3 nurse..sebab tak sangka bukaan antara 5cm ke fully tu terlampau sekejap sangat. 

Sambung.....


Thursday, December 8, 2016

10 SEPT 2016


Assalamualaikum

Hai ! Lamanya tak update blog..kepala pun dah jadi blur sekejap tgk blog sendiri. Entry kali ni nak share pasal birth story. 

Dah nak dekat 3 bulan dah pegang jawatan jadi omak budak. Alhamdulillah, syukur sangat and feel tu memang best. Back to story.

10 September 2016 memang tarikh yg ditunggu-tunggu which is hari tu aku akan melahirkan seorang anak pada tarikh tu. Kisahnya awal 9bulan mengandung aku ada GDM..so memandangkan edd aku 10 September so doktor tak kasi postdate sebab takut apa apa jadi dekat baby. Doktor bg tempoh kalau 8 haribulan aku still tak deliver jugak 9 haribulan aku kena admit ward. Then memang betul jangkaannya..dah dekat dgn duedate pun aku still tak  tak rasa sakit jugak. So finally, serah diri je lah ke hospital. 

Hari Jumaat pagi aku dah siap-siap nak pergi hospital. Time tu segala barang aku dgn baby memang dah siap awal awal lagi so aku bersiap aman-aman je. Kebetulan time tu memang aku dah duduk kampung dgn Mak, jadinya abang and kak ipar aku yg hantar aku pergi hospital pagi tu sementara tunggu Wan balik dari JB. Aku pilih bersalin di Hospital Besar Selayang. Sampai je hospital..aku terus daftar and jumpa dgn doktor. Of course lah doktor kena check dulu sebelum aku dibenarkan masuk dalam wad. Masa ni aku dah mula seriau dah sebab nampak ramai sgt ibu mengandung yang duduk menunggu. Semua muka berkerut kerut tahan sakit tapi muka aku tak macam baru nak daftar buku merah. Apa kes?

Seriaunya sebab dalam ruangan tu ada empat katil yg bertutup...and time tu la aku dgr bunyi jantung baby..bunyi org tgh tahan sakit..bunyi perempuan nangis..and i was like...Makkkkk!!! Nak balik!. 
Bila sampai giliran aku untuk check up, aku tak rasa apa apa dah sebab dalam kepala otak time tu aku terbayang nasi..lapar kot sebab lama sgt kena tunggu. But then lepas doktor check pulak aku jadi cuak. Doktor kata langsung takde tanda tanda bukaan pun and air ketuban aku dah makin kurang...means esok confirm lah aku kena induce. Kalau ada bukaan doktor just bagi ubat perangsang sakit je katanya. Okay masa ni aku dah fikir induce tu macam mana.



Dalam pukul 5 setengah petang jugak baru aku dapat masuk wad. Masa daftar aku guna surat GL husband and request 2nd class tapi penuh dah sebab ada yg tak balik lagi. So sementara aku tak deliver lagi aku duduk la 3rd class...tp tak kisah pun sebab 3rd class kat hospital selayang ni okay je. Janji dapat katil. Malam tu sebelum tidur nurse datang buat rutin diorang, check jantung baby, check bp..segala lah then diorang informed esok kena get ready jam 8 pg sebab doktor akan induce pagi pagi. Nak tak nak esok aku kena bersalin jugak..so diorang induce aku awal pagi. Dalam otak masa tu okay! Get ready..

Sambung....