Assalamualaikum
Hai ! Lamanya tak update blog..kepala pun dah jadi blur sekejap tgk blog sendiri. Entry kali ni nak share pasal birth story.
Dah nak dekat 3 bulan dah pegang jawatan jadi omak budak. Alhamdulillah, syukur sangat and feel tu memang best. Back to story.
10 September 2016 memang tarikh yg ditunggu-tunggu which is hari tu aku akan melahirkan seorang anak pada tarikh tu. Kisahnya awal 9bulan mengandung aku ada GDM..so memandangkan edd aku 10 September so doktor tak kasi postdate sebab takut apa apa jadi dekat baby. Doktor bg tempoh kalau 8 haribulan aku still tak deliver jugak 9 haribulan aku kena admit ward. Then memang betul jangkaannya..dah dekat dgn duedate pun aku still tak tak rasa sakit jugak. So finally, serah diri je lah ke hospital.
Hari Jumaat pagi aku dah siap-siap nak pergi hospital. Time tu segala barang aku dgn baby memang dah siap awal awal lagi so aku bersiap aman-aman je. Kebetulan time tu memang aku dah duduk kampung dgn Mak, jadinya abang and kak ipar aku yg hantar aku pergi hospital pagi tu sementara tunggu Wan balik dari JB. Aku pilih bersalin di Hospital Besar Selayang. Sampai je hospital..aku terus daftar and jumpa dgn doktor. Of course lah doktor kena check dulu sebelum aku dibenarkan masuk dalam wad. Masa ni aku dah mula seriau dah sebab nampak ramai sgt ibu mengandung yang duduk menunggu. Semua muka berkerut kerut tahan sakit tapi muka aku tak macam baru nak daftar buku merah. Apa kes?
Seriaunya sebab dalam ruangan tu ada empat katil yg bertutup...and time tu la aku dgr bunyi jantung baby..bunyi org tgh tahan sakit..bunyi perempuan nangis..and i was like...Makkkkk!!! Nak balik!.
Bila sampai giliran aku untuk check up, aku tak rasa apa apa dah sebab dalam kepala otak time tu aku terbayang nasi..lapar kot sebab lama sgt kena tunggu. But then lepas doktor check pulak aku jadi cuak. Doktor kata langsung takde tanda tanda bukaan pun and air ketuban aku dah makin kurang...means esok confirm lah aku kena induce. Kalau ada bukaan doktor just bagi ubat perangsang sakit je katanya. Okay masa ni aku dah fikir induce tu macam mana.
Dalam pukul 5 setengah petang jugak baru aku dapat masuk wad. Masa daftar aku guna surat GL husband and request 2nd class tapi penuh dah sebab ada yg tak balik lagi. So sementara aku tak deliver lagi aku duduk la 3rd class...tp tak kisah pun sebab 3rd class kat hospital selayang ni okay je. Janji dapat katil. Malam tu sebelum tidur nurse datang buat rutin diorang, check jantung baby, check bp..segala lah then diorang informed esok kena get ready jam 8 pg sebab doktor akan induce pagi pagi. Nak tak nak esok aku kena bersalin jugak..so diorang induce aku awal pagi. Dalam otak masa tu okay! Get ready..
Sambung....
No comments:
Post a Comment