Thursday, December 8, 2016

10 SEPT 2016


Assalamualaikum

Hai ! Lamanya tak update blog..kepala pun dah jadi blur sekejap tgk blog sendiri. Entry kali ni nak share pasal birth story. 

Dah nak dekat 3 bulan dah pegang jawatan jadi omak budak. Alhamdulillah, syukur sangat and feel tu memang best. Back to story.

10 September 2016 memang tarikh yg ditunggu-tunggu which is hari tu aku akan melahirkan seorang anak pada tarikh tu. Kisahnya awal 9bulan mengandung aku ada GDM..so memandangkan edd aku 10 September so doktor tak kasi postdate sebab takut apa apa jadi dekat baby. Doktor bg tempoh kalau 8 haribulan aku still tak deliver jugak 9 haribulan aku kena admit ward. Then memang betul jangkaannya..dah dekat dgn duedate pun aku still tak  tak rasa sakit jugak. So finally, serah diri je lah ke hospital. 

Hari Jumaat pagi aku dah siap-siap nak pergi hospital. Time tu segala barang aku dgn baby memang dah siap awal awal lagi so aku bersiap aman-aman je. Kebetulan time tu memang aku dah duduk kampung dgn Mak, jadinya abang and kak ipar aku yg hantar aku pergi hospital pagi tu sementara tunggu Wan balik dari JB. Aku pilih bersalin di Hospital Besar Selayang. Sampai je hospital..aku terus daftar and jumpa dgn doktor. Of course lah doktor kena check dulu sebelum aku dibenarkan masuk dalam wad. Masa ni aku dah mula seriau dah sebab nampak ramai sgt ibu mengandung yang duduk menunggu. Semua muka berkerut kerut tahan sakit tapi muka aku tak macam baru nak daftar buku merah. Apa kes?

Seriaunya sebab dalam ruangan tu ada empat katil yg bertutup...and time tu la aku dgr bunyi jantung baby..bunyi org tgh tahan sakit..bunyi perempuan nangis..and i was like...Makkkkk!!! Nak balik!. 
Bila sampai giliran aku untuk check up, aku tak rasa apa apa dah sebab dalam kepala otak time tu aku terbayang nasi..lapar kot sebab lama sgt kena tunggu. But then lepas doktor check pulak aku jadi cuak. Doktor kata langsung takde tanda tanda bukaan pun and air ketuban aku dah makin kurang...means esok confirm lah aku kena induce. Kalau ada bukaan doktor just bagi ubat perangsang sakit je katanya. Okay masa ni aku dah fikir induce tu macam mana.



Dalam pukul 5 setengah petang jugak baru aku dapat masuk wad. Masa daftar aku guna surat GL husband and request 2nd class tapi penuh dah sebab ada yg tak balik lagi. So sementara aku tak deliver lagi aku duduk la 3rd class...tp tak kisah pun sebab 3rd class kat hospital selayang ni okay je. Janji dapat katil. Malam tu sebelum tidur nurse datang buat rutin diorang, check jantung baby, check bp..segala lah then diorang informed esok kena get ready jam 8 pg sebab doktor akan induce pagi pagi. Nak tak nak esok aku kena bersalin jugak..so diorang induce aku awal pagi. Dalam otak masa tu okay! Get ready..

Sambung....



Wednesday, June 22, 2016

Acar is Acha


Assalamualaikum

Hi !!! Salam Ramadhan

Family aku semua terdiri dari insan-insan pemakan..tak kisah pergi mana mana pun tujuan utama kena cari tempat makan, kalau duduk balik kampung semua cerita pasal makan. Takkan pernah jemu ye. Jangan harap! Thats why kapasiti serta saiz tiada yg xs hahaha..dalam mimpi je lah. Bila dah masuk bulan puasa ni lagi lah nafsu kehendak melebihi dari keperluan perut memasing kan..?  

Ceritanya bila abang aku whatsapp.

Family aku memang ada lauk favourite, sama lak tu..kalau kenduri ke hari hari ke mesti ada nak lauk tu. Kalau kena dengan masak boleh lupa org belakang tapi memang selalu akan lupa pun. Mak dengan abang aku borak lah nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. Mak memang favourite dengan lauk masak taucu or kami sebut Acar Lada. 

Mak : harini kita masak Acar jela, rileks sikit.

Utih : okay jugak! Dah lama dah tak makan Acar. Nnt keluar pergi beli lada besar hijau. 

Kak Ita : aah. Kejap lagilah kita keluar pergi beli. 

Tiba-tiba.....

Qisya : Qisya tak nak makan Acha...jangan masak acha!! Masak Ayin. 

Semua pakat gelak bila dengar apa yg Qisya cakap. Acha yg Qisya cakap tu tak sama dengan acar yang nenek nak masak. Fahaman Qisya Acar is Acha..sepupu dia, dia taknak Acha kena masak tapi dia bagi permission masak adik si Acha..si Ayin. Hahaha!!! Sel otak dia sentiasa berhubung rupanya. 

 




Saturday, May 7, 2016

#randomstory1 : abang aku dah terror



Assalamualaikum..


hai insan pembaca..!!

kita lompat entry sikit lah eh. ingat nak update dulu entry lain tapi sebab ada lagi yang tak habis jadi kita updated dulu lah blog yang ini tapi ayat aku macam biasa ayat tibai sajerrr..

tahun lepas, bulan 10 turn aku pulak la nak menggatai menikah dgn jantung hati kononnya. memang semua preparation kenduri all out aku dengan adik beradik aku je yang buat. ada jugak yang datang tolong and tak lupa ada jugak yang tolong tengok je. hihi. memang aku tabik lah dengan abang and kakak aku semua sebab aku punya kehendak dilayankan sahaja. bagus! buat aku sayang and tacing lebih dihari kejadian. sekarang bila dah 5-6 bulan kot tak silapnya aku dirikan rumahtangga tingkat tiga, alhamdulillah aku dengan suami dapat rezeki anak awal. Allah s.w.t. hadiahkan kami dengan rezeki anak lepas dua bulan lebih aku kahwin..kalau tak silap hahaha! 

sorry sayang. i tak ingat tarikh la pulak. 

asalnya aku dengan kakak-kakak ipar aku, kak Ita and kak Mun berborak la pasal nak beli barang baby sebab kak Mun pun preggy jugak so aku ni memang tahap bengap lah jugak nak beli barang macam mana apa semua so kami yang perempuan-perempuan ni berborak je lah...sekali abang-abang aku pun join-ventured lah sekali berborak pasal barang-barang baby ni. mula-mula tu just nak tanya sikit-sikit je sebab aku rasa awal lagi kot untuk aku beli barang. ikut pantang orang tua-tua dulu tak elok beli barang awal-awal.

jangan cakap dengan aku yang kau baru tahu kau dua bulan pregnant kau dah sibuk nak beli stroller eh..hihi. back to topic...

abang-abang and kakak-kakak aku suruh aku usha dulu, survey mana yang patut, compare mana yang berkenan and last baru beli sebab barang-barang baby ni cute..cantik-cantik and lagi mahal dari barang kita yang orang besar ni, so kena cari la ikut kemampuan sendiri melainkan kau tu anak orang kaya kau boleh beli tanpa pandang tag harga yer...hihi. kakak aku suruh aku buatkan list nanti senang. boleh refer je kat list. ok malas nak tanya banyak aku pun buatlah list sebab aku pun jenis pelupa so listkan lah apa yang patut.



macam-macam yang diorang ingatkan aku, dari elok aku duduk santai sampai aku merangkak cari pen kertas nak salin apa yang diorang cakap. dari sekecik-kecik barang diorang suruh aku beli sampai sebesar-besar barang. daripada seorang-seorang aku tengok serius sampai dah tahap muka nak minta penyepak pun ada. mula-mula je yang aku rasa betul-betul diorang bagitahu aku lama-lama aku rasa macam kena game pun ada. kalau dah abang-abang aku join sekali la masuk berborak topik perempuan memang takkan ada penyudah melainkan kami adik beradik ketawa berdekah-dekah. hahaha!!

serius tak serius tu lah adik beradik aku. even abang-abang aku macam hampeh je suka kenakan aku tak kira la ada suami aku ke tidak..nak pulak sekarang diorang macam tengah tagteam reramai nak tunggu anak aku keluar kan. nak buli anak aku la tuh!! iols tak kisah uols. tapi aku respect diorang sebab bila diorang dah kahwin ni banyak benda yang kecik-kecik yang si isteri-isteri ni tak nampak tapi abang-abang aku yang bagitahu. yelah..dah bini diorang dalam pantang so diorang yang banyak take over segala benda. bagus! bagus! bagus! rupa-rupanya abang-abang aku dah terror. thats why kalau kak ipar aku tak ada pun, abang aku still boleh handle anak-anak diorang and kadang aku tak kisah pun nak tanya abang-abang aku kalau bab-bab barang anak ni sebab aku tahu diorang dah terror.

jadi sila lah standby wahai utih and uda utk cebok montot anak saya pulak. hahahaha!!!


okay! sampai sini dulu...nanti update lain pulak.
thanks for reading....