Sunday, December 11, 2016

10 SEPT 2016 (part 2)

Assalamualaikum

Awal pagi subuh aku dah celik mata dah. Tidur malam pun tak berapa lena sangat dah, maybe nervous nak kena induce and haritu jugak aku akan jumpa dgn anak aku. Tak tahu lah yg mana satu. 
Pagi tu aku siap siap mandi and breakfast. Sempat jugak la duduk berborak dgn kakak katil sebelah. Tengok baby dia..and paling best dia pun kena induce but then dia c-zer sebab 3kali induce pun dia still tak rasa sakit. Dia suruh aku banyak berdoa biar sekali jer kena induce so tak payah c-zer macam dia sebab cucuk epidural lagi sakit katanya. Memang kakak ni membantu perasaan aku time tu. Cuak dah..alamak macam mana nanti dgn aku bila kena induce kan? 

Jam 8.30 pagi doktor datang untuk mula procedure induce untuk bersalin hari tu. Aku ingatkan lama la rupanya less than a minute. Masuk je ubat aku tak dibenarkan langsung bangun dari baring selama 1jam. Itu untuk bagi ubat tu cepat jalan so aku ambik kesempatan tidur sekejap sementara tunggu Wan sampai. 
Sebelum tu aku whatsapp suami aku and kakak aku. Bagitahu la yg dah kena induce..minta jugak diorang and Mak doakan urusan aku dipermudahkan. Sebelum pergi hospital pun aku dah niat dah..kalau boleh biar selaraskan segala urusan aku and aku dapat jumpa baby yg sihat walafiat. 

Pukul 10pagi baru aku terjaga dari tidur, tu pun sebab bunyi baby nangis. Standard lah! Nama pun wad bersalin kan..memang bunyi baby menangis je lah. Bila aku nak bangun aku dah mula rasa sengal-sengal kaki. Alamak! Ini ke dia? Aku byk jalan je dalam wad..siap volunteer jadi tukang ambik air panas utk kakak kakak yg baru lepas bersalin tu. Org kata byk berjalan nanti jalan cepat bukak, jadi memang aku jalan je tak sudah sampai naik malu pulak dok kehulu hilir dalam wad. 

Pukul 12 baru la Wan naik wad tengok aku..masa dia sampai ada rasa yg tak boleh nak cakap. Tetiba hiba nak nangis semua ada. Memang anak aku tunggu Abah dia betul. Masa tu aku dah rasa lenguh pinggang ke bawah. Makin kuat tapi still boleh lagi tahan. Nurse yg dtg check CTG pun kata graf aku dah ada tunjuk contraction sikit tapi bila dia tanya aku, aku cuma rasa lenguh pinggang je..tak rasa sakit apa pun lagi. Pukul 2 ptg sekali lagi doktor datang check..diorang nak tgk kalau dah ada bukaan ke belum. Hampanya bila dpt tahu tak ada lagi bukaan. Masa tu aku dah start rasa perut aku mengeras sekejap sekejap. Sakit sangat. Time tu selawat dgn doa Nabi Yusuf je yg aku baca.

Pukul 3 lebih macam tu aku dah tak senang duduk. Aku bangun pergi toilet nak buang air, and masa keluar dari bilik air menghala ke katil aku tu, aku rasa ada air turun dari celah peha. Aku masuk balik bilik air ingatkan maybe aku nak buang air lagi tapi tak ada pun so aku keluar balik pergi ke katil. 
Aku bagitahu Wan kain aku basah sbb air turun..Wan boleh tanya aku  yg itu air kencing ke air ketuban. Wan tanya nak panggil doktor ke tak tapi aku refused sebab aku rasa tak payah kot tapi masa aku nak duduk kat kerusi lagi sekali air turun banyak sangat sampai basah kain. Ehh aku terkencing ke tapi aku baru lepas kencing masa tu..so aku minta Wan ambikkan aku kain baru untuk aku salin and bagitahu doktor sekali. That time sakit jangan cakap..berpeluh dahi tahan sakit. Aku duduk dalam bilik air lama kot. Siap siram-2 badan dgn air lagi bagi kurang rasa sakit sebab masa sakit tu bila kena air memang rasa rileks sikit. 

Keluar je bilik air datang 2 doktor and nurse nak check aku, diorang nak tgk samada air ketuban aku pecah or memang air kencing. Pastu doktor yg check 'jalan' tu kata bukan air ketuban and dia check lagi sekali bukaan and still tak ada bukaan lagi, tapi ada sorang doktor ni dia pulak nak seluk nak check bukaan jugak..and guess what dia kata dah bukak 3cm. Ehh mana satu betul ni? Rupanya dinding rahim aku ni jenis tinggi ke belakang and doktor yg check aku tu jenis jari pendek so agak susah la nak check. Alhamdulillah..finally dah ada bukaan. 

Lepas kena check semua aku dah tak rasa nak jalan. Time tu nak baring jer. Sakit contraction makin lama makin kerap. Ya rabbi...sakit dia susah nak cakap. Time tu badan dah sejuk panas, terus berselimut satu badan..then Bila Wan borak dgn aku pun aku rasa tak suka..time tu rasa serba tak kena langsung, tengok Wan kat sebelah pun rasa nak telan tapi syukur sangat sebab sepanjang aku rasa sakit tu Wan tak tinggalkan aku langsung even dia memang request nak turun sekejap, tapi bila dia tengok aku dah tak bercakap terus tak jadi. Masa tu tangan dia memang tempat aku menahan sakit..siap dia suruh aku tukar tangan lagi. Sakit kena genggam. Haha!! Lepas Asar dalam pukul 5ptg datang lagi sorang doktor nak check..time tu aku dah rasa nak meneran je dah. And guess what sekali lagi aku kena seluk...and jalan dah bukak 5cm.Yeayyy!!! Time tu memang sakit tapi hati tu happy sgt sebab dah halfway. Doktor bagitahu diorang akan booking labour room untuk aku. 

Pukul 6 nurse datang untuk check CTG lagi sekali. Time ni sakit tu makin menjadi jadi sampai aku nak cakap dengan Wan "kalau macam ni la sakit nak beranak, aku taknak beranak dah lepas ni.."..hihi..tapi aku tak cakap pun. Rimas dgn mesin CTG yg buat aku kena terlentang sepenuhnya. Memang sakit ya amat and tak selesa langsung. Masa ni cuma doa dgn selawat je yg aku mampu baca nak bagi redakan sakit tu. Dalam pada tu aku dah meneran sikit sikit. Lama jugak la diorang biarkan mesin CTG tu terpasang dekat aku..entah macam mana doktor yang check aku tu datang balik nak tgk graf CTG tetiba dia jerit panggil nurse. Dia tunjuk graf aku kat nurse pastu bila tgk aku dah menangis bagai menahan sakit..terus dia kata nak check jalan. Masa tu aku dgr dia kata "call labour, dah fully dah"... Berlari 2/3 nurse..sebab tak sangka bukaan antara 5cm ke fully tu terlampau sekejap sangat. 

Sambung.....


Thursday, December 8, 2016

10 SEPT 2016


Assalamualaikum

Hai ! Lamanya tak update blog..kepala pun dah jadi blur sekejap tgk blog sendiri. Entry kali ni nak share pasal birth story. 

Dah nak dekat 3 bulan dah pegang jawatan jadi omak budak. Alhamdulillah, syukur sangat and feel tu memang best. Back to story.

10 September 2016 memang tarikh yg ditunggu-tunggu which is hari tu aku akan melahirkan seorang anak pada tarikh tu. Kisahnya awal 9bulan mengandung aku ada GDM..so memandangkan edd aku 10 September so doktor tak kasi postdate sebab takut apa apa jadi dekat baby. Doktor bg tempoh kalau 8 haribulan aku still tak deliver jugak 9 haribulan aku kena admit ward. Then memang betul jangkaannya..dah dekat dgn duedate pun aku still tak  tak rasa sakit jugak. So finally, serah diri je lah ke hospital. 

Hari Jumaat pagi aku dah siap-siap nak pergi hospital. Time tu segala barang aku dgn baby memang dah siap awal awal lagi so aku bersiap aman-aman je. Kebetulan time tu memang aku dah duduk kampung dgn Mak, jadinya abang and kak ipar aku yg hantar aku pergi hospital pagi tu sementara tunggu Wan balik dari JB. Aku pilih bersalin di Hospital Besar Selayang. Sampai je hospital..aku terus daftar and jumpa dgn doktor. Of course lah doktor kena check dulu sebelum aku dibenarkan masuk dalam wad. Masa ni aku dah mula seriau dah sebab nampak ramai sgt ibu mengandung yang duduk menunggu. Semua muka berkerut kerut tahan sakit tapi muka aku tak macam baru nak daftar buku merah. Apa kes?

Seriaunya sebab dalam ruangan tu ada empat katil yg bertutup...and time tu la aku dgr bunyi jantung baby..bunyi org tgh tahan sakit..bunyi perempuan nangis..and i was like...Makkkkk!!! Nak balik!. 
Bila sampai giliran aku untuk check up, aku tak rasa apa apa dah sebab dalam kepala otak time tu aku terbayang nasi..lapar kot sebab lama sgt kena tunggu. But then lepas doktor check pulak aku jadi cuak. Doktor kata langsung takde tanda tanda bukaan pun and air ketuban aku dah makin kurang...means esok confirm lah aku kena induce. Kalau ada bukaan doktor just bagi ubat perangsang sakit je katanya. Okay masa ni aku dah fikir induce tu macam mana.



Dalam pukul 5 setengah petang jugak baru aku dapat masuk wad. Masa daftar aku guna surat GL husband and request 2nd class tapi penuh dah sebab ada yg tak balik lagi. So sementara aku tak deliver lagi aku duduk la 3rd class...tp tak kisah pun sebab 3rd class kat hospital selayang ni okay je. Janji dapat katil. Malam tu sebelum tidur nurse datang buat rutin diorang, check jantung baby, check bp..segala lah then diorang informed esok kena get ready jam 8 pg sebab doktor akan induce pagi pagi. Nak tak nak esok aku kena bersalin jugak..so diorang induce aku awal pagi. Dalam otak masa tu okay! Get ready..

Sambung....



Wednesday, June 22, 2016

Acar is Acha


Assalamualaikum

Hi !!! Salam Ramadhan

Family aku semua terdiri dari insan-insan pemakan..tak kisah pergi mana mana pun tujuan utama kena cari tempat makan, kalau duduk balik kampung semua cerita pasal makan. Takkan pernah jemu ye. Jangan harap! Thats why kapasiti serta saiz tiada yg xs hahaha..dalam mimpi je lah. Bila dah masuk bulan puasa ni lagi lah nafsu kehendak melebihi dari keperluan perut memasing kan..?  

Ceritanya bila abang aku whatsapp.

Family aku memang ada lauk favourite, sama lak tu..kalau kenduri ke hari hari ke mesti ada nak lauk tu. Kalau kena dengan masak boleh lupa org belakang tapi memang selalu akan lupa pun. Mak dengan abang aku borak lah nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. Mak memang favourite dengan lauk masak taucu or kami sebut Acar Lada. 

Mak : harini kita masak Acar jela, rileks sikit.

Utih : okay jugak! Dah lama dah tak makan Acar. Nnt keluar pergi beli lada besar hijau. 

Kak Ita : aah. Kejap lagilah kita keluar pergi beli. 

Tiba-tiba.....

Qisya : Qisya tak nak makan Acha...jangan masak acha!! Masak Ayin. 

Semua pakat gelak bila dengar apa yg Qisya cakap. Acha yg Qisya cakap tu tak sama dengan acar yang nenek nak masak. Fahaman Qisya Acar is Acha..sepupu dia, dia taknak Acha kena masak tapi dia bagi permission masak adik si Acha..si Ayin. Hahaha!!! Sel otak dia sentiasa berhubung rupanya.