Tuesday, September 8, 2015

QisyaHanna !! is always I have to say.



Assalamualaikum



Hai people! 
Entry ni just for you Qisya.


Qisya’s is my second niece. Abah dia gelar dia Captain Boleh cause dia boleh buat apa je. Ada masa jaga dia it’s so-so. Ada masa jaga dia, dia boleh bagi suara aku dengar sampai hujung simpang masuk rumah aku. Nakal sangat. She’s almost 2 years old. Dia manja sangat dengan Mama dia. Tak boleh berenggang and kalau dengan orang yang dia jarang jumpa dia boleh say hi hi and bye bye, memang takkan layan punya. Belagak ek? Haha


Scene 1 : Bila Qisya datang rumah, aku akan pastikan barang-barang aku tersimpan elok pasal dia sangat baik hati sampai sanggup “kemas” lagi sekali barang aku. Pernah sekali aku lepak dalam bilik aku and she’s came in. Disebabkan dia dah biasa dengan keadaan bilik aku so dia panjat naik katil aku. Mula-mula dia duduk je tak usik apa, behave sangaatttt..then aku keluar lah kejap nak minum air kononnya and sekali lah buatkan susu untuk si Qisya. Aku assumed bila aku buatkan dia susu nanti dia senang nak tidur. Sedih je. aku masuk je bilik terkejut tengok dia dah siap buat projek atas katil aku. Kejap je barang-barang aku dah terburai dari dalam beg. Cepatnya kau kan? Senyap-senyap je aku tengok dia buat apa. Dia ambik one of my pen and start to write. Tapi dia bukan nak tulis atas kertas tapi atas cadar aku. “qisyahannnnaaaaa!!!!” suara mak tiri pun keluar la kan...tapi Qisya buat dekkk je. aiyoo.




Scene 2 : Ada satu pagi aku dengan Mak berbual la berdua. Berbual punya berbual tak sedar pulak si Qisya ni terjaga dari tidur. And guess what is going on. Perlahan je dia bangun then pergi dapur. Aku dengan Mak aku punya syok berborak tak sedar langsung masa bila dia bangun and berjalan. Kebetulan aku nak pergi dapur basuh tangan tiba nampak budak kecik tapi bukan toyol tengah syok dok main sabun. Menjerit la aku "qisyahannaaaaaaa". Rupanya tamat dah hayat separuh botol syampoo rambut adik dia, habis berbau satu baju dia. Sabun basuh baju pulak dia main usik-usik manja dengan tangan. haihh Qisya...Qisya..

Scene 3 : Macam biasa pagi lagi abang and kak ipar aku hantar Qisya denagn adik dia si Zarra kat rumah kami. And time tu kat rumah aku memang dah ada dah si Acha and Emaleen which is anak-anak abang aku lagi sorang. So aku dengan Mak pagi tu dah macam nak putus harapan bila tengok empat-empat heroin ni tak nak tidur. So I"m decided nak kemas rumah je dulu. Aku umpan Acha and Qisya nak pasang their feveret movie Frozen, sebab senang sikit rasanya aku nak berkemas bila diorang tak sibuk berlegar sama. Emaleen yang baru dapat kaki..aku letak dia duduk sama dengan si Acha and Qisya. Zarra the toddler aku biar je dia terlentang kat tilam dia. Tengah syok aku dok kehulu hilir, aku nampak dah si Emaleen merangkak masuk dalam bilik aku. Aku punya kemas rumah sampai tak sedar la yang si Acha dengan Qisya join sekali masuk dalam bilik aku. Okay lah takpe lagi. Tiba bila aku nak kemas bilik aku pulak......

"qisyahannnaaaaaaaa......" lagi sekali aku terjerit. Mana taknya, entah macam mana dia boleh sampai and capai deodrant aku kat atas almari make-up tu and guess what? she's trying to put it on dekat Emaleen. arrggghhh!! nak marah beriya tak boleh. Yang lawaknya tau pulak dia deodrant tu guna kat mana. Siap dia angkat lagi tangan Emaleen nak buh bawah ketiak kawan tu. Aiyooo la anak! Elok nak ambik deodrant kat tangan dia, aku terpandang tangan si Emaleen ada tisu, Acha dah mencicit lari keluar bilik bila aku jerit..yang Qisya still stay kat dalam bilik but sebelah tangan dia dah penuh denagn tisu and kesan bedak. Aku pandang Emaleen and bammmm!

Emaleen dah telan tisu and muka Emaleen bapak putih penuh dengan bedak. Dekat kepala pun penuh. Mentang-mentang la budak tu lambat tumbuh rambut, kau tuang bedak Qisya dekat kepala adik tu..alamak ai! 
 And lagi sekali aku sebut "qisyahannnnnaaaa..." 


Dia suka buat aku gelak sorang-sorang even dia makan or tidur pun...sebab dia boleh makan apa je, tidur dekat mana-mana pun. Tengah makan pun dia boleh tertidur. Thats why she's our Captain Boleh. Qisya selalu buat aku menjerit. Kadang datang mengada-ngada dia memang tak tahan tapi budak..diorang mana tahu apa-apa lagi. Ada je dia buat aku jerit nama dia, dia punggah semua kain yang Mak aku dah lipat aku jerit, dia usik adik dia tengah tidur, dia masuk bilik mandi sorang-sorang. Even aku selalu jerit sebab dia nakal tapi aku selalu jerit jugak dekat dia bila ada lagu-lagu k-Pop or clip bollywood yang boleh aku suruh dia menari. hahah! Bila aku nak buli someone liked Farhan aku ajak Qisya sekali...sebab aku suka tengok bila Qisya debik Farhan. haha! kadang menangis jugak Farhan kena debik dengan Qisya. Aku akan jerit nama Qisya lagi bila aku nampak Abah or Mama dia balik kerja sebab aku suka dia tergedik-gedik depan pintu. Cute! Aku suka dengar dia bercakap..dia menyanyi sebab time tu aku dapat dengar entah apa-apa yang dia sebut. hahaha! 



To my dearest Qisya, 
      I hope you will grow up well and be nice to your parent and adik. Jangan nak sombong sangat  dengan orang tapi kalau sombong nak jaga market tak apa. haha! will advice about "that" later. I hope you will protect your adik or sebaliknya lah sebab tengok adik pun macam boleh buli kau je. Even Acu suka jerit nama Qisya, jegil mata konon nak bagi takut tapi Acu really loves you girl. Kau sorang la anak sedara yang suka buat Acu marah tapi buat Acu nak gelak at the same time. With your cute expression tu memang Acu tak boleh la kannn. Dengan perangai Qisya yang suka menyanyi tu lagi buat Acu rindu. Haha! Iwill capture your moment till your tahu malu. Sekarang awak tu tak tahu lagi malu so kesempatan Acu nak buat bukti jangka masa panjang. Hahaha! Tak sabar nak tunggu Qisya besar, tengok Qisya masuk sekolah, universiti, kerja, belanja Acu makan and tak dapat imagine macam mana nanti bila Qisya datang kat Acu and said that you are getting married. Acu tak sabar nak bocor rahsia zaman kecik Qisya kat your future husband. Tunjuk gambar Qisya, video Qisya..tunjuk apa je yang berkaitan dengan you. hahaha! Acu doakan Qisya jadi anak yang boleh banggakan your parents and the whole family. Entry ni jadi bukti Acu, dah besar nanti Qisya boleh baca sendiri. 

_Love Acu_
  





Thanks for reading...

No comments:

Post a Comment