Assalamualaikum
Abah sihat? Abah dah makan tak? Abah makan apa? Dah lama kan kita dua tak borak-borak kan? Lama sangat dah. Bergurau tah apa lagi. Rindu sangat dah ni dengan Abah.
Abah,
Hari ni hari kedua dalam bulan September. Pejam celik pejam celik kurang dari sebulan je lagi kita sekeluarga nak buat kenduri. Kenduri kahwin tau. Siapa lagi kalau bukan empunya diri ni hihi. Alhamdulillah lepas 3 tahun ikat tanda dengan bakal menantu lelaki bongsu Mak Abah tu..akhirnya kahwin jugak kitorang dua.
Nak tahu tak?? Masa kenal dia dulu dia pemalu sangat..nak nampak muka pun payah tapi dah lama-lama dia okay tapi kan dia kuat cemburu..tapi tu semua dulu la. Masa cerita dengan Mak perangai bakal menantu dia dulu, Mak kata cemburu tu tanda sayang.. hihi. Masa berkawan dulu pun pernah dah putus tengah jalan tapi dah jodoh kan.. Allah temukan balik kitorang dua. Tak banyak kali jumpa pun lepas berkawan balik..terus decide je ikat tanda sebab Mak kata kalau nak berkawan biar betul-betul. Tak sangka dari hari merisik sampai ke hari ni..kitorang dua still lagi sama-sama.
Bila perhati satu-satu...ada satu dua cara yang seakan sama perangainya dengan Abah, Mak pun kata macam tu. Tak tahu la betul sama ke tidak !!
Abah,
Kenduri kali ni tak ada majlis tunang-tunang pun macam Uda Juwad & Uteh Paied. Rumah isteri diorang dekat-dekat tapi kitorang dua jauh sangat. Dah la jauh jumpa selalu pun tidak, jadi Mak kata nanti bertunang sekali dengan nikah. Ye la orang kata tunang lama-lama banyak dugaan kan. hihihi.
Kenduri kali ni Mak kata buat kat rumah Angah jer sebab jalan dekat rumah ni sempit pulak..dengan kereta lalu lalangnya. Tak cukup ruang sebenarnya..jadi buat la kat rumah baru Angah..sekali terus buat doa selamat and tahlil. Boleh la kan?
Persiapan kahwin pun buat simple-simple je..tak berapa nak ada duit la kalau nak buat style Hanis Zalikha..hihi. Buat ala kadar je walaupun ada jugak orang kata "anak bongsu mesti la kena buat lebih"..haha tu semua karut je tu kann kann kann. Ikut rezeki yang datang InsyaAllah. Alhamdulillah setakat ni persiapan semua Mak dengan anak-anak Abah ni berpakat and bincang untuk kenduri nanti.
Abah,
Abah mesti tak sangkakan anak bongsu Mak dengan Abah ni dah nak kahwin. Tak terfikir pun sebenarnya nak kahwin dengan orang jauh, tak terfikir langsung nak buat kenduri besar-besar, tak terniat langsung nak berahsia dengan orang lain selain family. Asalnya malu kalau orang tahu Ajir dah dirisik orang. Bila Abah dah tak ada..Mak yang banyak pikul tanggungjawab dua watak penting dalam family ni. Dia la Mak dia jugak la Abah. Dekat Mak jugak la tempat mengadu selalu..tempat bercerita yang suka, yang tak puas hati. Dekat Mak la semua. Lagi dekat hari kenduri lagi selalu teringat kat Abah. Agaknya macam mana la rupa Abah kan masa anak Abah ni bagitahu ada orang nak kahwin dengan dia..mesti tak caya kan? Dah la paling kasar banding dengan anak perempuan yang lain, yang banyak kes juvana pun Ajir jugak la kannn? yang degil yang kuat melawan semua la..haha!
Apa reaksi Abah bila tengok Mak yang risau selalu, tengok anak-anak Abah bincang itu ini tak habis-habis. Teringat lagi bila pernah sekali kami adik beradik guna diolog P.Ramlee nak minta kahwin..time tu Abah layankan jer..haha! rindu.
Abah,
Tak dapat bayangkan kalau Abah ada. Mesti Abah orang pertama yang tahu Ajir nak kahwin kann? Yela..Mak kan garang sikit hikhik. Ajir nak Abah tengok perangai anak Abah ni sebelum jadi isteri orang. Ajir nak Abah marah, tegur, nasihatkan Ajir sebelum jadi isteri orang. Ajir nak Abah ada bila tiap kali Ajir dengan kakak-kakak semua pergi shopping barang kahwin, Ajir nak Abah ada bila kami sibuk buat rancangan kenduri. Ajir nak Abah ada masa anak-anak Abah yang lain tak sabar nak serah Ajir kat suami nanti. Abah ada, tengok, dengar diorang usik Ajir, kutuk Ajir. Ajir nak Abah ada setiap saat kami adik beradik berkumpul. Ajir nak dengar apa Abah kata bila kena paksa pakai baju ikut tema..hahaha.
Sebelum Ajir jadi isteri orang pun Ajir nak sangat salam cium peluk minta maaf dengan Abah..nak minta ampun semua dosa-dosa Ajir, nak minta halal makan minum semuanya..and Ajir nak cakap "Terima Kasih" kat Abah walaupun semua tu selalu je kami cakap dengan Abah. Ajir syukur sangat sebab Allah s.w.t. dah kurniakan and hadiahkan Abah jadi Abah Ajir and Abah untuk kami adik beradik dunia akhirat. Buruk baik orang pandang Abah..kami tetap sayang Abah dunia akhirat. Abah..Abah kami adik beradik. Takkan ada yang lebih baik dari Abah.
Mesti seronok kan kalau Abah ada. Mesti lagi seronok kan bila Abah yang nikahkan anak Abah ni. Terfikir apa la pesanan Abah nanti untuk anak dia bila dah kahwin nanti. Terasa iri hati jugak bila tengok orang lain yang abah diorang sendiri yang serahkan anak perempuan dia kat menantu. Sayang!! sayang sangat apa je keinginan sekarang ni takkan tercapai sebab itu semua mustahil. Selama ni satu pucuk surat pun Ajir tak pernah bagi kat Abah..tiba kali ni pulak baru nak bagi. Surat ni surat yang pertama untuk Abah and Ajir tahu dah surat ni Abah takkan baca and takkan pernah balas tapi harap Abah tahu "isi surat" ni. Surat ni pun Ajir tak terkirim.
Abah,
Walaupun Abah tak ada..Abah dah jauh dari kami, mesti Abah dah "tahu" semua hal kat sini. Walaupun jauh Ajir tahu Abah restu dan doakan untuk Ajir and adik beradik yang lain. Anak kecik Abah dah nak kahwin tau dengan orang yang dia sayang. InsyaAllah Ajir paksa bakal suami Ajir sayang and jaga anak kecik Abah ni macam mana Abah sayang and jaga...hihi. InsyaAllah. Abah "rehat" la kat sana. Doa-doa kami sentiasa ada untuk Abah.
Rindu Abah. Kami semua memang rindu sangat kat Abah esspeacially makwe Abah, Mak.
Assalamualaikum Abah!
Al-Fatihah.....
No comments:
Post a Comment