Tuesday, September 8, 2015

2014


Assalamualaikum


Hai..!

Ingat lagi ke apa yang ada dengan 2014? Alhamdulillah tahun 2014 tahun yang banyak menyedarkan aku. Cewahhhh! Klise.

Randomly 2014 tahun paling best and tak best. Of course la tahun yang ada macam-macam cerita. Sedih, happy, membungak, membongek..semua ada.

Family? Alhamdulillah..aku dapat lagi anak buah tiga ketul hahaha. Tiga-tiga heroin. Dah besar nanti jangan jadi minah gossip ea. Aduhaiii...tak ada chance nak tengok diorang jadi flower girl aku. Hahaha. Ada yang dah kahwin pun dah mula terisi perutnya. Dah banyak dah baby dalam family aku so tak payah rebut-rebut nak dukung. Boleh pilih nak yang mana. Nangis sorang yang lain ada. LIKE!

seketul. dua ketul. tiga ketul. 


Lifestyle? Dengan segala hormat diberitahu aku still tak punya rezeki nak bekerja tapi alhamdulillah aku usaha cara lain untuk belanja harian and boleh jugak simpan sikit-sikit kan.. Takpe Jira..takpe *kusuk dada*. Insyaallah berkat sabar aku ni..ada lah orang offer aku jadi CEO ke..tauke butik ke..tauke kedai makan ke..tauke segala tauke. Hahah! Berangan je lah kau.


Sidia? Ewah-ewah-ewah...berani aku ye nak mention dia dalam blog aku? Hahaha! Still tak punya keberanian..eh bukan tak berani tapi hormat, ehh malu..eh..apa eh?
2014 la tahun yang tak best aku rasa dengan dia sebab boleh kira berapa kali dia datang. Okay fine sama jugak macam tahun-tahun yang sudah tapi tak best sebab 2014 aku banyak kali gaduh dengan dia. Tension oii. Banyak kali gaduh banyak kali jugak kitorang baik. Tak gaduh sampai maki hamun tapi gaduh *silent mode*. Korang tak faham kan? Bagus! Tak perlu faham. 
Tapi yang buat hati cair sikit tang... “dugaan ni sayang..”  yup! Dugaan tu dugaan..


motif is tak berani. malu. 


Kawan? Ramai jugak kawan-kawan aku yang kahwin tapi sebagai kawan yang kejam aku tak menghadirkan diri pun sebab tak berkesempatan. Maafkan aku wahai korang! Jangan salahkan aku salahkan masa yang tak mengizinkan. Better late than never..aku doakan korang yang dah kahwin tu bahagia hingga akhir hayat insyaallah. Yang dah mengandung, congratulations. Yang dah ada anak...alhamdulillah! teruskan menambah bilangan anak. Hehehe.


sila teka. mana yg dah lama kahwin? mana yg baru jer kahwin? mana yg bakal nak kahwin? mana yg nak kahwin?
throwback kenduri kak shima. masa ni semua bujang trang tang tang. 


Anything else? Ada je...yang baik yang buruk. Yang baik aku simpan as a memories. Yang buruk aku campak jauh but still ingat kengkadang bila hati naik geram. Experience kan semua tu.
Lepas ni dah tak boleh nak pandang belakang dah..ada yang sedia menunggu dah kat 2015. Thanks 2014 cause being nice to me...



Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment