Tuesday, September 8, 2015

Five Month Before


Assalamualaikum




Dugaan orang nak berkahwin ni bukan la calang-calang. Kalau tak sabar agaknya boleh putus tengah jalan. Wallahu’alam. Alhamdulillah aku dengan dia setakat ni tak lagi ada apa-apa masalah. Selisih faham tu bohong la kalau kata tak ada langsung. Boleh kata every month ada. Makin dekat makin kuat dua-dua nak merajuk. Sebab jauh je kami dua buat rilex kalau dekat tak tahu la..padahal dalam hati bagai nak pecah but still under control ok.

Before kahwin ni banyak jugak la aku belajar-belajar dengan Mak macam mana nak handle rumahtangga aku nanti. Aisehh ilmu rumahtangga tau..! Aku tak malu pun nak tanya dengan Mak sebab aku rasa Mak aku cikgu yang paling bagus buat aku belajar. Sekarang proses belajar ilmu rumahtangga dengan dia. Banyak jugak Mak ajar itu ini. Dia ajar aku suruh bersabar kalau suami jadi macam ni macam tu. Mak pesan jugak jangan cepat rasa tak suka, jangan cepat nak marah bila ada masalah. Agaknya dia tahu perangai anak perempuan dia ni bukannya betul sangat jadi dia nasihat jugak lah macam-macam.

Mak selalu ulang tayang skrip dia bila borak dengan aku. Yang aku ingat...dalam rumah tangga kena ada tolak ansur, kena ada sefahaman yang tinggi, kena pandai bawak diri, kena pandai jaga aib suami isteri, kena pandai ambil hati keluarga, kena pandai jaga perut suami ( kena pandai masak ) kena pandai jaga ekonomi rumahtangaa, kena pandai semuanya sebab isteri tu ibarat timbalan perdana menteri dalam rumah..banyak lagi sebenarnya tapi otak aku dah penuh time  ni. Selalu dia mesti cerita waktu dia mula-mula kahwin dengan arwah Abah dulu. Hidup susah, umur muda lagi dah kena kahwin lepas tu kena urus rumahtangga. Mak memang superb la! Tabik springgg ring ring. 

Wahhh! Bila dengar semua tu rasa macam ada batu berat kat atas kepala. Pening! Belajar addmath pun tak pening cenggini ( nampak penipu! ) Lagi pening bila teringat diri sendiri tak berapa nak terror sangat lah nak memasak. Siang ikan dengan ayam pun setahun 3 kali kot. Tapi tak kata la sampai tak reti pegang pisau kan...tu kira dah tahap melampau sangat tu. Aku ok lagi. Bab siang menyiang ni lemah la sangat. Patut tak kalau tiap kali aku  nak masak aku suruh suami aku siang ikan or ayam? hahaha! kena sesah ada lah kan? haha!!

haiiihh kena belajar Nak oii...belajar!! tak makan pulak kang suami kau..

Mak kata, kalau tak reti masak tak apa, boleh je belajar. Kalau tak reti mengemas pun boleh jugak belajar, Apa-apa je yang kita tak tahu kita boleh belajar. Tapi kalau dah terlebih ajar, dah pandai jangan jadi orang yang kurang ajar pulak. Semua masalah akan terasa senang bila kita sentiasa ingat dan minta tolong pada yang SATU. DIA akan permudahkan segala urusan rumahtangga kita nanti. Yang penting tolak ansur and sabar.

Sekian, thanks for reading....

No comments:

Post a Comment